Showing posts with label Stori Mori. Show all posts
Showing posts with label Stori Mori. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Mampuihla bolasepak Malaysia.

orang dalam FAM memang bodoh. baca komen datuk ape ntah dari 'ganu. marah atas komen dari kay to the jay. aku bukan suka kay jay, tapi komen dia ada bernasnya. itupun diorang marah, bagi jawapan bodoh. mampuih la bolasepak malaysia. sekali lagi ade opening untuk setiausaha FAM, sekali lagi aku nak hantar CV. sekali ngan snap shot CM 1 sampai CM2010 aku hantar.

pagi hujan lebat.aku ade dua pilihan, naki kete atau naik motor. kalau naik kete, aku tak kena hujan, tak payah pakai baju hujan. tapi, ngadap jam dalam hujan....pergghhh, tak bley tahan bro, naik darah. Kalau naik motor, kena pakai baju hujan, kena hujan lagi, tapi tak de kesesakan.....
so, naik motor lagi bagus,,,ade freedoooommmmmm!!!!

Mana nak cari duit extra? Please no MLM.

aku dah lama sangat tak main golf........aku nak main golf balik. Mak, mana set saya?

Friday, July 02, 2010

England dan Aku 2

Semasa berumur 12 tahun, iaitu tahun dimana Jerman Barat menewaskan Argentina di akhir Italia 90 seterusnya menjulang Piala Dunia ketiga mereka, aku telah dipilih untuk menyertai latihan pusat bolasepak untuk bawah 12 tahun Selangor. Oh ya, aku merupakan permain pertahanan terhebat di sekolah rendah Bandar Baru Bangi dan Daerah Hulu Langat. Pantas dan kental, seperti Juergen Kohler. Tiada siapa dapat melepasi kekangan aku. Tanyalah Zia Agi, adik Gibran Agi. Tanyalah Nazran anak Datuk (penyerang terhebat daerah hulu langat). Ya, aku menjalani latihan pusat di Rawang, tapi kali ini aku dicuba untuk bermain sebagai pertahanan kiri, bukan sebagai pertahanan tengah seperti biasa. Jurulatih Selangor bawah 12 tahun, Cikgu Nordin memberitahu aku bahawa kelebihan untuk membuat "overlapping" dan turun semula dengan pantas seumpama Andreas Brehme ( masa itu Roberto Carlos masih main bola kat belakang rumah mak dia). Namun, takdir penentu segala. Ibubapa aku datang, untuk mengambil aku pulang. Bapak aku kata, aku dipanggil untuk mewakili Selangor dalam acara lompat tinggi pula untuk ke kejohanan olahraga MSSM di Kuantan, Pahang. Oh, aku bukan sahaja hebat di padang bola, aku juga hebat sebagai juara lompat tinggi daerah Hulu Langat dan Selangor. Hebat bukan? Olehyang demikian, aku telah memilih untuk memilih untuk mewakili Selangor dalam olahraga. Takpelah, wakil Selangor juga bukan?itu cerita lain.



Berbalik kepada bola, 1991, aku masuk sekolah projek sukan Shah Alam dalam bahagian olahraga. Sekolah sukan antara yang terawal di Malaysia. Kira Kerajaan Negeri Selangor nak bentuk pasukan yang mantap la. Semua jenis sukan ada. Bolasepak, Olahraga, Takraw, Bola Jaring dan Hoki. Tapi, padang cam babi, padang batu kerikil beb...rumput tompok2. Patutla masa 90an, pasukan Selangor bawah 14, 16 dan 18 hebat-hebat, padang cam lahanat!! Aku suspek team yang tewaskan Selangor mesti lagi lahanat padang bolasepak dia. Padang Hoki pun takde, tapi champion gak hoki selangor. Dewan lagila....tak wujud? Tapi Team takraw hebat juge....trek olahraga? lagila takde....namun, dari 11 orang atlit olahraga, 8 terpilih sampai ke peringkat MSSM. memang bebudak yang masuk tu, berbakatla...



OOhhh...balik kepada bola England. Ya, disekolah ini aku bercampur dengan bebudak bola. semua paling cikai wakil Selangor beb, takat wakil Malaysia pun bersepah.....tapi masuk Liga Malaysia, hampeh!!! yang tak lepas pun ade....kekekekeke..... tapi yang bestnye, sini tengok bola, tengok bola beb. Analisis dari orang yang hebat-hebat. Sokong Selangor, wajib. masa tu Stadium Shah Alam tengah buat, so, dengar radio jela. Bayangakan, akhir Piala FA, Selangor v Perak, Bila Selangor gol je, bergegar asrama tu!! Siap lari bawak bendera lagi...hahahahahaha!!



Namun begitu, individu yang paling aku tak dapat lupe ialah Ahmad Shuib aka Takok. Dialah orang yang memperkenalkan Manchester United kepada aku. dia bercerita tentang Manchester United kepada aku, sehingga aku menjadi pengikut setia Setan Merah, sehingga kini dan selamanya......bersambung.

Wednesday, June 30, 2010

England dan Aku 1

"Aku bukan Fan England."

Aku mula mengenali EPL semasa umur aku 7 tahun. Masa itu yang ada di TV hanyalah perlawanan akhir Piala FA di Wembley dengan lagu temanya yang paling popular abad ini. Pasukan yang aku kenal ada dua je, Liverpool si Merah dan Everton si Biru, kerana kedua-duanya beraksi di akhir piala FA masa itu. Pemain yang diminati? tentulah Kenny Dalglish (sekarang Sir), John Barnes, Ian Rush dan Peter Beardsley. Saat yang aku sedih ialah masa Liverpool tewas kepada Crystal Palace di separuh akhir piala FA dan tewas kepada Wimbledon (ada the crazy gang; Vinnie Jones, Dennis Wise si ketot, Ian Wright etc). Mana ada EPL masa tu, cuma Divisyen Satu. Yang hebat ialah Arsenal (George Graham) dan Liverpool skali lagi. Best beb, masa Spurs (zaman gazza) lawan Arsenal (masa Alan Smith) main, aku sokong Spurs sebab ada Gazza (aku memang tak bley minat Arsengal, tak tau apsal). Masa tu tak kenal langsung Man United (umur aku 7-11 tahun). tapi, sokong England? tidak sama sekali. Zaman itu ialah zaman West Gemany, zaman Lotthar Matthaeus, Juergen Klinsmann, Bodo Illgner....West German kuat beb!!! selamba kitai England yang ada Gazza kat semi-final (Italia 90) dan menang seterusnya menang Piala Dunia.....

sambung.......