Saturday, February 14, 2009

Father asked me.....

Best juge anto anak gi art class.....seronok lak tengok anak aku nak belajar melukis.

Kenape orang main golf?

1. Nak cari business, sebab banyak big gun and top corporate figure main golf. nak tak nak, diorang kena main gak. Kalau tak kerana pok lah dan kay jay, diorang main pasal foreign businessman main golf gak.

2. Pasal dah tak larat main fizikal game yang lain. paling2 pun boleh main badminton. Nak main bolasepak atau futsal (ingat, dua ini merupakan entiti yang berbeza) pun tak larat gak. So main golf lah, itu pun naik buggy. Kalau jalan kaki, pengsan.

3. Keturunan atau bapak suruh. Itu kategori aku la, dulu dah anto gi belajor main golf. Tapi atas dasar keegoan dan kesombongan aku, aku memilih bolasepak. Tak kemana pun main bola ni, paling kuat pun main Team tunas cemerlang selangor. Kalau aku tau, dah lama aku main golf nie!!!!!

Jenis2 golfer.

1. Sosial golfer - main untuk suka2 sebab bos suruh atau business cause. Biasanya, main handicap 24 ke atas. pangkat biasanya marketing exec. or manager.

2. Serious golfer - ni spesies bahaya. Main cukup serious, kalau tengok diorang nie, kulit gelap, mata merah sebab asyik terdedah panas. Makan golf, tidur golf, mandi golf. Sentiasa berfikir untuk membaiki permainan, tak kira tempat, kadang practice swing tengah meeting, tengah mandi dan tengah makan. Sentiasa mencari peluang untuk main golf. tak boleh tak betting atas padang, mesti betting hatta Rm1 selubang. Kalau borak, mesti selitkan golf.

Tapi satu aku perasan, golfer ni macam ada pertalian darah yang cukup kuat. kalau tengah majlis tu, mula2 tak kenal, tapi kalau dah golfer tu, terus mesra, terus set bila dan di mana mahu bermain. Lepas main, baru tengok, bagus ke tak main bersama. Biasanya golfer yang cakap besar sebelum bermain, tapi bila main macam hampeh dan takde etika, akan disisihkan. Kira diorang ni menipu la. kalau beginner, cakapla beginner. kami takde halnye.

oh, bapak aku dah start tanye, bila aku nak masuk tournament club? he asked me to practice more....this year he want to partner me into partner competition. I will father, I will....

3 comments:

Anonymous said...

HEHEHE.... =)

Anonymous said...

kenapa saya main golf?
-sbb tak nak kena tinggal kat umah
-sbb suka tgk pemandangan kat padang golf. cantik!
-sbb dah ada kayu golf. kesian tgk kayu tuh berhabuk cenggitu jer.

saya golfer jenis apa?
-jenis main main la. dah kata pun main.. kan?

kekekeke

Alke said...

Hehehehe, nak ikutla 2...faham