Hari nie pose ke 6.
2 hari lepas, liverpool kalah. aku gembira bagai nak rak. tapi member aku, si penyokong liverfool tak datang. Katanya mc 2 hari. siap pitam hari ke 2 tu. kejam ko rafa betinez.
separuh nyawa aku tiada. aku faham sebab perut die berisi. masuk rumah baru aku pun tak bley dah. nak - nak pulak, jiran baru aku tu, masih dalam proses pengubahsuaian rumah. dengan bisingnya, habuknya, jadi saya mengambil keputusan, sempena cuti sekolah, aku izinkan dia tinggal di kampung. Sekurang - kurangnya dia berada dalam keadaan suasana tenang dan bersih.
Beb, BN kalah lagi. yang hang pi buang duit kempen kat tempat "orang tu" buat apa? bodoh. pas tu, dah kalah, semua senyap. nak pilihanraya, baru tunjuk muka. mampuih la hang pa nak lawan ngan PAS. depa tue sentiasa bergerak. tak kira masa. tak kira duit. hang pa boleh buat? untuk rakyat melayu konon. ptuihhhh!!!
Kartika, si pembuat, minta disebat. Yang tak terlibat suruh merayu. Yang korang sebuk2 buat ape? Kartika minta dikena hukuman di dunia, supaya akhirat nanti kurang hukumannya. baguihla dia nakj adi teladan. hang jangan buat keje gila nak halang!!! Patutnya, korang sokong la kat dia, jadikan dia teladan untuk halang orang minum arak nie.
Aku rase aku kena plan balik 2 akaun astro aku ni ler..
Aku kena beli baju dan seluar keje yang baru le...
No comments:
Post a Comment