"En. Shamsul, satu potong daging kambing ada macam2 penyakit" bilang doktor zhaidi.
Imbas kembali....
Jumaat.
lokasi : Restoran Kampung Pinang, Alamanda Putrajaya
Berbuka bersama pasangan pengantin baru, Hadi dan Nor ari Seremban. (tak datang kenduri punya pasal lorr...)
"Yang, sedapla tengok daging kambing tu...ingat nak rasa sikit la..." aku luahkan keinginan kepada isteri.
"Jangan ngada-ngada, you bukan boleh makan kambing, kang pening kepala la, sakit kaki la, jangan Dear.." bantah isteri aku. But, being me, degil, aku ambik jugak, amek seket (pinggan pertama) and amek seket lagi (pinggan kedua), hehehehehe, wife aku tak cakap ape.
Sok pagi, tapak kaki aku dah mula sakit.
Ahad.
lokasi : PICC restoran, Putrajaya.
Bersama Effie dan keluarga, menikmat buffet. Tu dia mak aih, kambing baik punya; kambing bakar, kari kambing, kambing beryani dan lain - lain kambing.
"Aku hari ni dah langgar pantang nie, banyak betuk makan kambing...heheheh"ujar aku pada effie, di hadapan isteri.
"Ala, makan je. Selagi boleh makan, makan. Kang dah tak boleh, payahlak. Lagipun ubat kan ade, kalau sakit, makan ubat, kekekekeke..." Effie dan aku ketawa, sambil isteri aku dan isteri effie menggeleng kepala. Iman, anak effie sedang membuat tawaf keliling pentas....
Pagi sok, kaki aku lagi teruk sakitnye.....
Selasa
lokasi: Klinik AzZaharah, Bangi
dalam bilik doktor zhaidi, sedang ditazkirah oleh isteri dan doktor.
asid urik aku sangat tinggi, terus kena injek kat punggung. aku disahkan sudah ada gout. hampeh.
1 comment:
aiseh..raya lu kene kontrol la makan!
Post a Comment