Tuesday, December 21, 2010

Beryani gam, putu bambu

1. Aku baru balik bercuti dari Batu Pahat, kampung mentua aku.

2. Lepas gak la gi Batu Pahat Water World.



3. BP Water World ni aku kira amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet sederhana. Kalau nak dibandingkan dengan Sunway, harganya amat lah jauh lebih rendah. Tapi, takat nak enjoy tu, layan je.....enjoy gak...main air kan?

4. Tak lupe pekena nasi beryani gam mat shah kat benteng, perghhh!!! menjilat jari beb!!

5. Seterusnya, berpeluang untuk ke Kluang Railway coffeshop yang amat terkenal seantero tanah melayu.

6. Sebenarnya, aku sendiri tak tahu di mana tempatnye. Aku hanya berpandukan trek keretapi sahaja.hahaahaha...akhirnya bertemu di stesen keretapi.

7. Aku dan keluarga sampai dalam pukul 11 pagi, dan masih ramai orang menikmati hidangan pagi disitu.alamatnya, tunggu meja kosong baru masuk.

8. Alhamdullilah, rejeki evelyn, dapat juga kami sekeleuarga menikmati roti bakar, nasi lemak dan kopi di dalam warung asal kluang railway coffe shop. makanan? bagi aku sedap juge.....terutamanya nasi lemak.



9. Kemudian kami terus kembali ke Ayer Itam. Singgah di kedai cenederamata, beli permainan untuk kakak ainul dan evelyn.

10. Aku yang lama ngidamkan putu bambu Ayer Itam, akhirnya berpeluang untuk menikmatinya. dan keputusan tekah dibuat...aku akan hanya makan putu bambu Ayer Itam sahaja....penuh lemak!!! mana nak dapat di KL bro!!! sama kesnye seperti asam pedas parit jawa dan beryani gam mat shah benteng.....



11. Target aku next trip pulang ke rumah mentua aku ialah, Murtabak Singapore restoran Nordin dekat BP Mall.

No comments: