Hari guru, 16 May 2011 telh disambut dengan meriah di sekolah2. Aku dah keje, tak celebrate, tapi aku hengat cikgu2 aku, baik yang memberi inspirasi dan juga yang menjadi enemy. ok lah, aku bagi senarai cikgu yang aku ingat dari tadika sampailah aku buat PhD skang nie....
Sekolah Rendah
1. Cikgu Nasir
cikgu displin, sape suke? tapi dia suka aku sebab aku budak sport yang hebat.
2. Cikgu muzik dari darjah 4 hingga 6 (nama aku lupe)
cam siot je garang, patut la aku tak pandai main rekorder sampai sekarang...tapi aku boleh main gitar la cikgu!! hehehehe
3. Cikgu Mahfuz
Coach badminton aku, tapi percaturan dia letak aku main dengan anak cikgu hashim tak menjadi.
4. Abang Nan
Dia bukan cikgu, cuma pekerja am je. tapi merupakan jurulatih bolasepak tak bertauliah yang hebat. Ajar aku sampai main terpilih mewakili Selangor, tapi kredit, cikgu lain ambil. politik ofis memang cilake.
Sekolah Menengah (form 1 - 3)
1. Cikgu Imam - guru displin paling aku benci dalam hidup aku. memang cilake ko imam boroi!!!
2. Cikgu Amran - Pengetua hebat, garang dan friendly.
3. Cikgu Safuan - Coach olahraga aku, la ni keje CIMB, amek course kat U sama ngan aku
4. Cikgu Husin - Cikgu sejarah ganas merangkap jurulatih takraw tahap gaban. siapa tak buat homework, kena tumbuk kek bahu. tak kira ko laki ke, ko pompuan.
5. Cikgu Jasmi - coach bola, cikgu Bahasa dan warden asrama, tag popular, "Cop Mohor!!"
6. Cikgu NAsir - Ketua Warden dan cikgu displin....cool.
7. Cikgu Yati - cikgu cun tapi muka asyik masam je, ajar BM dan geografi.
Sekolah Menengah (form 4 - 5)
1. Pn. Wong - class teacher aku dari form 4 to 5. The best Math teacher!!!becos of her, i'm good and love Math.
2.Ustazah Annoriyah - ada bau2 bacang dengan family aku, spy mak aku di sekolah. tapi, Ustazah yang sempoi.
3. cikgu fizik - nama lupe, tapi masuk2 klass hari pertama, cari aku dulu " mak u pesan, tengok2 kan u ni, u ni rekod tak baik di skolah lama!" adoilaaa....
4. Pn. Siti Noraida - Cikgu add math yang garang nak mampos!!! tapi, dia suka bila aku dapat credit untuk subjek dia. thanks cikgu!!
5. Pn. Mastura - cikgu sejarah aku.....pakar peperiksaan.
dan ramai la lagi cikgu2 aku semasa sekolah....to all of you, thank you very much for the experience and memory.
No comments:
Post a Comment