Semasa kita berkata, " Apa sangat Swiss, ini Spain la, Juara Eropah, Brazil Eropah, Brazil Baru....blablablla..." kita lupe satu perkara.
Semasa kita letak betting RM2 atas Swiss dengan alasan kita suka underdog, kita terlupa satu perkara yang amat hebat ada pada Swiss, tapi tiada pada Spain.
Swiss ada Ottmar Hitzfeld.
Siapa Ottmar Hetzfeld?
kepada peminat Man United, mereka pasti kenal lelaki ini. Muka keras, takde perasaan. Pengurus pasukan the great Bavarian, Bayern Munchen 1999. Kelab yang ditumpaskan gara-gara gol Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solksjaer pada minit-minit akhir permainan. Namun, begitu, secara taktikal, Manchester United gagal berfungsi selama 88 minit akibat kehebatan taktik oleh Ottmar Hitzfeld. Lelaki hebat ini berjaya juga memenangi 2 kejuaraan Champions League bersama Bayern Munchen (tumpaskan Valencia di Final) dan Borussia Dortmund (tumpaskan Juventus di final, masih ingat kepada Andreas Moeller dan Matthias Sammer si rambut perang?), hebat bukan?
tak puas hati? sila lihat dibawah :
OTTMAR HITZFELD - THE TROPHIES
2 Champions League
2 Intercontinental Cup
7 Bundesliga
3 DFB-Pokal
2 Swiss League
3 Swiss Cup
Apa sangat nak dibanding dengan Vicente Del Bosque......(maaf, dia hebat juga, tapi masa tu team dia adalah galacticos yang awal)
Jelas disini bahawa, Ottmar Hitzfeld lebih baik daripada Vicente del Bosque.
Dan Spain adalah amat over confidence...padan muka.
1 comment:
Swiss telah menyamai rekod tanpa bolos Piala Dunia (berapa game tu aku tak pasti plak...)
4 tahun lepas mereka terkeluar tanpa melepaskan satu gol pun dalam 90 minit perlawanan sebenar (out sebab kalah penalti) -Itali yang juara pun lepas 2 gol, walaupun satu gol sdiri dan satu lagi penalti tak cecah jaring, huhuhu...)
Team Swiss jugak adalah juara Piala Dunia Belia (U-17 tak silap)
so, mungkin Swiss mampu muncul kuasa baru bola sepak Eropah, who knows?? :p
Post a Comment