Peranchis tewas kepada South Africa dan dengan itu terkeluar dari Piala Dunia 2010 dengan hanya menjaringkan satu gol sahaja hasil jaringan Malouda yang hanya bermain simpanan. Seriusnya, Raymond Domenech sangat bodoh. Thierry Henry memang benar tidak begitu menonjol musim ini bersama Barcelona, namun pengalamannya amatlah ditagih semasa Piala Dunia. Namun, Raymond memilih untuk meletakkan beliau di bangku simpanan. Kenapa? Aku pun tak faham. Namun begitu, kesalahan sepatutnya diletak ke atas FFF. Kenapa, persoalannya kenapa, Raymond masih menjadi jurulatih selepas persembahan yang tidak konsisten di Kejohanan Eropah dan kelayakan Piala Dunia? Benar kata orang Inggeris, orang Peranchis ni pelik.....
Argentina dengan bergaya layak ke pusingan kedua diiringi oleh Korea Selatan. tahniah!!!
England? aha, sebelum piala Dunia, Fabio Capello, dikatakan oleh para pemain skuad Piala Dunia, adalah jurulatih terbaik England. Sekarang, bila mereka gagal berfungsi seperti yang dikehendaki oleh Don Capello, menyalahkan cara diktator Don Capello. Coward!!! Mampukan mereka melepasi pusingan kumpulan?
Tol di Second link diturunkan sebanyak 30 peratus. Boleh diturunkan? oleh PLUS? sekarang, bolehkah tol di konsesi lain diturunkan? kalau boleh, baguslah. Kalau tidak, kenapa? sebab yang menggunakannya rakyat Malaysia, bukan Singapura? Dikatakan, rakyat didahulukan, rakyat yang mana?
hampeh.....
*photo from Goal.com
No comments:
Post a Comment