Tuesday, September 07, 2010

2012

Sudah menonton cerita panggung "2012". Ngeri bukan? Namun, apa yang cuba disampaikan bukannya ketibaan Hari Kiamat, tetapi keadaan dunia yang bakal berlaku apabila terjadinya peristiwa yang berkaitan saintifik yang bisa merubah peta dunia.

Namun, aku tertarik dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengarah. semua tahu tentang pertentangan antara sains dan agama, terutama di Amerika. Pemisahan antara agama dan sains. Pandangan, yang pada mereka disana,adalah dua perkara yang berbeza.Bagi mereka yang tidak percaya pada agama (islam, kristian, yahudi dll), sains menerangkan segala-galanya berdasarkan bukti saintifik. Cuba lihat 2012, semua jenis bangsa yang memegang agama utama dunia ada ( cuma Islam agak kurang, takut diserang, bilang pengarah). Cuba lihat keadaan saintis2 mereka apabila ditimpa bencana, terutama di India. Setahu aku, orang India di India ni, kuat Hindunya. Namun, apabila tsunami raksaksa melanda, langsung tak sembahyang, hanya berpeluk sahaja. ingat lagi apabila Vatican tumbang menimpa penganut Kristian? Sebelum tu mereka dan Pope sembahyang bukan? Bagaimana pula di Tibet dimana sami buddhanye mengetuk gong, untuk tujuan apa? Sebenarnya, movie ni hanya ada satu tujuan. Sains will triumph over religion. kalau ada berkaitan dengan Illuminati, itu aku tak tahu. Tapi, itulah tujuannya movie ini. Cuba ingat scene Cathederal Vatican tumbang ke atas penganut kRistian. Apa yang cuba disampaikan ialah " Mana Tuhan kamu semasa keadaan yang berkaitan sains berlaku?"

No comments: