Thursday, September 02, 2010

Singa.

Bile kita berkata, mereka bilang kita salah, kita bodoh tanpa mereka usul periksa. Maknanya, kita memang tolol dimata mereka. Tidak mengapa. Yang amat menyedihkan, saudara kita yang berkuasa juga memijak kita. Saudara yang bila piliharaya, memujuk kita. berjanji segala macam untuk kita. tapi, bila berkuasa, semua hilang begitu saja. Sedih sungguh.

Kadang-kadang, teringat si singa tua. Semasa di takhta, tiada siapa berani mencuba. ada yang cuba menduga, namun jegilannya sahaja, bisa membuat mereka merana. Timbalannya yang pandai berkata tapi celaka juga dihambatnya begitu sahaja. Tidak seperti singa muda yang baru berkuasa, lagak dan omong kosong sahaja. tidak nampak arah tujuannya. samar belaka untuk singa, namun cerah untuk dubuk, ular dan serigala. Habislah singa, mati kerana ketuanya..........

No comments: