aku bukan bujak pandai, tapi aku perhatikan.....
Dalam keadaan sekarang nie, ramai lak bijak pandai agama menggunaka ayat dari al-quran untuk menjahanamkan kerajaan yang memerintah (govt of the day) serta parti yang sebangsa mereka kerana parti berkenaan tidak islamik. Macam2 lah ayat yang keluar untuk membenarkan tindakan mereka. Yang paling popular ialah ayat yang mengatakan Allah SWT tidak memandang kepada bangsa, tetapi kepada ketakwaanya. Aku setuju dan aku tak nafikan kebenaran ayat itu. Tapi dalam konteks sekarang nie, dalam konteks yang bagi aku genting akibat perbuatan govt of the day yang semakin haram menjadi lembut untuk memenangi hati bangsa lain, mereka kena faham. Macam nie, memang benar Allah tidak memandang kehebatan bangsa kecuali takwanya, namun kesatuan penting bro.....kalau tak, kenapa Allah utuskan Rasul SAW kepada bangsa Arab....ayat BANGSA tu aku tekankan...baik Allah hantar kepada bangsa yang lebih maju, seperti bangsa Yahudi ke, bangsa Parsi ke...tapi Allah hantar jugak Rasul SAW ke bangsa Arab yang jahil tu. Atas usaha dan doa Rasul SAW serta petunjuk dari Allah SWT, bangsa Arab menjadi bangsa yang berjaya, hasil dari semaian benih Islam didalamnya. disini aku tekankan bangsa dan agama kena bersatu.....Nabi satukan bangsa Arab (Muhajirin dan Ansar) dengan Islam, kemudian baru disebarkan ke pelusuk dunia. tengok aturannya, dengan Islam, bangsa disatukan, kemudian baru disebarkan sebab orang akan nampak Islam. Kemudian, bila Islam disebarkan.....barulah muncul umat Islam yang kuat, bijaksana dan dihormati oleh umat dan bangsa lain. sehinggalah porak peranda dalam kesatuan umat Islam, kembali berpecah kepada bangsa dan akhirnya kepada kabilah....seterusnya menjadi buih kecil di lautan, banyak, tapi yahudi yang kecil umatnya bisa memijak Umat Islam.
berbalik kepada konteks Malaysia. "mereka" sudah berani memijak kepala umat islam Malaysia. sebab, "mereka" berjaya memecah belahkan umat Islam dan bangsa Melayu....dua2 kumpulan kena ugut, kena tarik dengan pengcakuk, baik yang memerintah dan membangkang. Dua2 jadi Pak Kaduk, terpekik terlolong, tapi kampung dan maruah tergadai. Yang lagi hebat, bijak pandai Islam pun buta hati. Hanya pandai mengutuk, bagi idea, tapi tang perlaksanaan, hampas (kecuali aad yang berani, sedikit sahaja pun) duduk tepi, tunjuk pandai. Pakai Kopiah ke hulur ke hilir. tapi lepak star buck, sebuk kumpul duit, mintak bayaran mahal untuk ceramah dengan alasan mencari rezeki. Saya faham tu...tapi apa salahnya, bayaran mahal tu, kekayaan tu digunakan untuk berdakwah kepada mereka yang masih tertinggal....di ceruk2....malahan ceruk kuala lumpur juga.....aduhhhh dunia mahu kiamat.....bijak pandai ni menafsirkan ayat2 suci Kalam Allah mengikut kehendak dan nafsu mereka. Benarlah, kekadang, kesenangan dan kekayaan dan kepandaian juga boleh menjadi fitnah....ya Allah, ampunkan hamba mu ini. Ingat! kesatuan bangsa, bukan parti, dengan semaian benih islam adalah lebih hebat, ingatan kepada yang memerintah dan membangkang. kalau tak, sampai bila pun yang membangkang takkan memerintah, dan yang memerintah akan dijahanamkan. sekian, wasalam.
No comments:
Post a Comment