Wednesday, November 03, 2010

Brader mamat Khalid dan juri FFM yg bodoh

kepada juri2 yang terasa pedas semasa FFM23....

aku tak tonton lagi cerita estet oleh Mamat Khalid, aku tak tonton lagi cerita Magika dan aku tak tonton lagi cerita KL drift....tapi aku tau jalan cerita Magika, aku tau jalan cerita KL drift....takat pengarah biasa, cerita pun biasa je...cuma hebatnya kat action dan muzik. Tapi Estet aku kena tengok.....sama seperti aku kena tengok Zombie Kampung Pisang, Kala Bulan Mengambang, Rock dan seangkatan dengannya. sebab ini arahan Mamat Khalid, sama level ngan Arwah Yasmin Ahmad. Cerita takc cliche. Brader Mamat Khalid ni sebab tak pandai menyanyi je, kalau tak, mesti macam arwah Tan Sri P.Ramlee.

Aku kenal Brader Mamat Khalid ni kat AF2. Aku kate, sape lahh mamat nie, cakap pehgok bebenor. Tapi, bila aku nonton Rock...aku kata dia genius...he's a fucking genius!! tapi kehebatan dia ialah, menyebabkan aku tengok Zombie Kampung Pisang di GSC Time Square...selepas sembilu (kena kencing ngan kawan, sebab tu tonton), takde filem Melayu yang layak aku tonton di panggung....tapi Mamat Khalid ubah segalanya....nak lagi best? Mase aku tonton ngan wife aku tu, Dato' Bernard Chandran bersama Datin dan anak2 beliau sert maidnye ada dalam panggung...just imagine frens...

ade sebab lain yang aku suka bang Mamat Khalid nie...senang cite, korang tengok zombi kampung pisang..ada statement pasal dia oleh mamat lembut tuu..

so kepada juri2 FFM 23, kalau tak suka dia, jangan panggil dia bertanding....apa kami kesah ngan FFM? filem dia tak menang pun, kami suka gak....so takyah hina dia....filem dia lebih berkualiti dan berpijak di bumi nyata. Satu lagi, bakat yang benar2 berbakat jangan dibunuh.......

Monday, October 25, 2010

Kembali

lama tak update.

Selangor sangap lagi di suku akhir Piala Malaysia. Tewas di tangan Kelantan plak.

Rooney hampir meninggalkan Man Utd. Pak Alex sound, terus sign kontrak baru. Tak jadi tinggalkan Man Utd.

Seriusnya, sejak ada anak baru nie, aku rase seronok. Tapi, bajet kena jagala..takkan dia tak minum susu kan.

Bajet 2011 tak menarik langsung. Seperti biasa, middle class dipinggir kan.

Tuesday, September 07, 2010

2012

Sudah menonton cerita panggung "2012". Ngeri bukan? Namun, apa yang cuba disampaikan bukannya ketibaan Hari Kiamat, tetapi keadaan dunia yang bakal berlaku apabila terjadinya peristiwa yang berkaitan saintifik yang bisa merubah peta dunia.

Namun, aku tertarik dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengarah. semua tahu tentang pertentangan antara sains dan agama, terutama di Amerika. Pemisahan antara agama dan sains. Pandangan, yang pada mereka disana,adalah dua perkara yang berbeza.Bagi mereka yang tidak percaya pada agama (islam, kristian, yahudi dll), sains menerangkan segala-galanya berdasarkan bukti saintifik. Cuba lihat 2012, semua jenis bangsa yang memegang agama utama dunia ada ( cuma Islam agak kurang, takut diserang, bilang pengarah). Cuba lihat keadaan saintis2 mereka apabila ditimpa bencana, terutama di India. Setahu aku, orang India di India ni, kuat Hindunya. Namun, apabila tsunami raksaksa melanda, langsung tak sembahyang, hanya berpeluk sahaja. ingat lagi apabila Vatican tumbang menimpa penganut Kristian? Sebelum tu mereka dan Pope sembahyang bukan? Bagaimana pula di Tibet dimana sami buddhanye mengetuk gong, untuk tujuan apa? Sebenarnya, movie ni hanya ada satu tujuan. Sains will triumph over religion. kalau ada berkaitan dengan Illuminati, itu aku tak tahu. Tapi, itulah tujuannya movie ini. Cuba ingat scene Cathederal Vatican tumbang ke atas penganut kRistian. Apa yang cuba disampaikan ialah " Mana Tuhan kamu semasa keadaan yang berkaitan sains berlaku?"

Monday, September 06, 2010

.........

Stress beb...

Bila tengok muka anak2, tengok muka isteri....malu gak aku.
Orang lain dah maju..aku tang ni gak
Tapi, demi anak-anak, isteri, dengan izin Allah SWT....aku kena terus........

Thursday, September 02, 2010

Ingatan!!!

aku bukan bujak pandai, tapi aku perhatikan.....

Dalam keadaan sekarang nie, ramai lak bijak pandai agama menggunaka ayat dari al-quran untuk menjahanamkan kerajaan yang memerintah (govt of the day) serta parti yang sebangsa mereka kerana parti berkenaan tidak islamik. Macam2 lah ayat yang keluar untuk membenarkan tindakan mereka. Yang paling popular ialah ayat yang mengatakan Allah SWT tidak memandang kepada bangsa, tetapi kepada ketakwaanya. Aku setuju dan aku tak nafikan kebenaran ayat itu. Tapi dalam konteks sekarang nie, dalam konteks yang bagi aku genting akibat perbuatan govt of the day yang semakin haram menjadi lembut untuk memenangi hati bangsa lain, mereka kena faham. Macam nie, memang benar Allah tidak memandang kehebatan bangsa kecuali takwanya, namun kesatuan penting bro.....kalau tak, kenapa Allah utuskan Rasul SAW kepada bangsa Arab....ayat BANGSA tu aku tekankan...baik Allah hantar kepada bangsa yang lebih maju, seperti bangsa Yahudi ke, bangsa Parsi ke...tapi Allah hantar jugak Rasul SAW ke bangsa Arab yang jahil tu. Atas usaha dan doa Rasul SAW serta petunjuk dari Allah SWT, bangsa Arab menjadi bangsa yang berjaya, hasil dari semaian benih Islam didalamnya. disini aku tekankan bangsa dan agama kena bersatu.....Nabi satukan bangsa Arab (Muhajirin dan Ansar) dengan Islam, kemudian baru disebarkan ke pelusuk dunia. tengok aturannya, dengan Islam, bangsa disatukan, kemudian baru disebarkan sebab orang akan nampak Islam. Kemudian, bila Islam disebarkan.....barulah muncul umat Islam yang kuat, bijaksana dan dihormati oleh umat dan bangsa lain. sehinggalah porak peranda dalam kesatuan umat Islam, kembali berpecah kepada bangsa dan akhirnya kepada kabilah....seterusnya menjadi buih kecil di lautan, banyak, tapi yahudi yang kecil umatnya bisa memijak Umat Islam.

berbalik kepada konteks Malaysia. "mereka" sudah berani memijak kepala umat islam Malaysia. sebab, "mereka" berjaya memecah belahkan umat Islam dan bangsa Melayu....dua2 kumpulan kena ugut, kena tarik dengan pengcakuk, baik yang memerintah dan membangkang. Dua2 jadi Pak Kaduk, terpekik terlolong, tapi kampung dan maruah tergadai. Yang lagi hebat, bijak pandai Islam pun buta hati. Hanya pandai mengutuk, bagi idea, tapi tang perlaksanaan, hampas (kecuali aad yang berani, sedikit sahaja pun) duduk tepi, tunjuk pandai. Pakai Kopiah ke hulur ke hilir. tapi lepak star buck, sebuk kumpul duit, mintak bayaran mahal untuk ceramah dengan alasan mencari rezeki. Saya faham tu...tapi apa salahnya, bayaran mahal tu, kekayaan tu digunakan untuk berdakwah kepada mereka yang masih tertinggal....di ceruk2....malahan ceruk kuala lumpur juga.....aduhhhh dunia mahu kiamat.....bijak pandai ni menafsirkan ayat2 suci Kalam Allah mengikut kehendak dan nafsu mereka. Benarlah, kekadang, kesenangan dan kekayaan dan kepandaian juga boleh menjadi fitnah....ya Allah, ampunkan hamba mu ini. Ingat! kesatuan bangsa, bukan parti, dengan semaian benih islam adalah lebih hebat, ingatan kepada yang memerintah dan membangkang. kalau tak, sampai bila pun yang membangkang takkan memerintah, dan yang memerintah akan dijahanamkan. sekian, wasalam.

Singa.

Bile kita berkata, mereka bilang kita salah, kita bodoh tanpa mereka usul periksa. Maknanya, kita memang tolol dimata mereka. Tidak mengapa. Yang amat menyedihkan, saudara kita yang berkuasa juga memijak kita. Saudara yang bila piliharaya, memujuk kita. berjanji segala macam untuk kita. tapi, bila berkuasa, semua hilang begitu saja. Sedih sungguh.

Kadang-kadang, teringat si singa tua. Semasa di takhta, tiada siapa berani mencuba. ada yang cuba menduga, namun jegilannya sahaja, bisa membuat mereka merana. Timbalannya yang pandai berkata tapi celaka juga dihambatnya begitu sahaja. Tidak seperti singa muda yang baru berkuasa, lagak dan omong kosong sahaja. tidak nampak arah tujuannya. samar belaka untuk singa, namun cerah untuk dubuk, ular dan serigala. Habislah singa, mati kerana ketuanya..........

Friday, August 13, 2010

kalau Slash boleh, kenapa Metallica dan Iron Maiden tak boleh?

Kalau Slash dah bo0leh turun Malaysia, siap dicover oleh Utusan Malaysia, Aku dapat rasakan, Metallica dan Iron Maiden akan turun buat konsert di Malaysia tak lama lagi. Adam, buat keje ko!!!!

Tuesday, August 10, 2010

Start with A BANG!!! season 2010/2011

The Losers call it a CHARITY Shield. They trying to say, it's a charity.

We don't care. We don't care about the goal margin. What we care is our majestic display of outplay the Blues for the entire 90 minutes. Thats what we care. And, for all the title contenders and pretenders, The Red Devil has 11 first eleven on the field, 11 first eleven on the bench and very 6 talented player as substitution. figure that out.We're strong, mix of young and experience. And we're strong. be very afraid.

MANCHESTER UNITED 3 - PATHETIC CHELSKI 1.

Scorer:

Valencia (MU)
Salomon Kalou (Chs)
Javier Hernandez(MU)
Dimitar Berbatov (MU)

next game : Manchester United v Newcastle United.

Friday, August 06, 2010

Wednesday, August 04, 2010

infidels nie memang fucking bias. Human RIght Watch pun dah pandai tentang islam. They call muslim yang percaya Rasul SAW adalah nabi terakhir as orthodox and those yang Ahmadiyah sect as refreshing. Agaknya kalau kat Malaysia ni, yang percaya rasul melayu tu dipanggil liberal la kot? Ahmadiyah is blasphemy....HRW, shut up and sit back....turn your channel.

Tuesday, August 03, 2010

Syabu berjumlah rm25 juta dirampas, bersama sebuah kereta mewah cermin gelap dari orang asing - NST, 3 August 2010.
Beb, kat Nilai banyak foreigners pakai keta mewah tinted gelap, PDRM, apa cerita?

Wednesday, July 28, 2010

Apa beza kfc dengan Mcdonald? Kfc operate by malay, sebab tu lembap nak mampus! Pekerja melayu yg takde motivasi!!! Mcdobald operate by non-malay, run by aggressive new malay, and i never had to que so fucking long and slow at Mcdonald.

Sunday, July 25, 2010

Malaysian Tiger Fan = great = evolusi =revolusi

Malaysia 1 - Korea Selatan 0....hahahahaha...sape sangke? walaupun perlawana bawah 23 tahun, tapi ini Korea Selatan beb. Tapi aku syak, pasukan yang dihantar ialah pasukan tangkap muat je....pedulikkan! janji, Malaysia pun main bagus gak.

Tapi, itu atas padang. Tepi padang lagi menarik.Aku tertarik dengan kelibat penyokong muda generasi baru. generasi yang hanya mendengar nama Azizul Abu Hanifah, Thanasegar, arwah Borhan Abu Samah dan seangkatan mereka.......generasi EPL, Primera dan Bundesliga...kental memberi sokongan padu kepada pasukan Malaysia. Bukan generasi kecewa seperti generaso aku, yang menyaksikan zaman kegemilangan bolasepak Malaysia, ditumpaskan oleh gejala rasuah dan ketololan komiti FAM yang sudah Jurassic. Seronok beb, penyokong Malaysia sudah berevolusi, gaya sokongan yang mantap dan global. gaya anak muda, gaya indie (bak kata wartawan hiburan). Aku dapat rasakan, masa akan sampai, penyokong Malaysia akan melancarkan revolusi. Ada berani? sultan bola, tengku bola serta datuk2 bola sudah jurassic....go!!!!

Friday, July 23, 2010

Red Devils = Beruang

Sinar FM " tiada cadangan melarang pemakaian jersi Manchester United hanya kerana simbol setan merah...."

Ainul pandang aku...

Ainul : "Ayah, lambang kat jersey Mancester tu syaitan ke?"

Ayah : "Entah, Ainul rase ape tu?"

Ainul : pusing ke belakang, nak tengok gambar " Ainul rase itu gambar beruang la yah, bukan syaitan..."

hehehehehe....And the Reds go marching on.....


Thursday, July 22, 2010

Peminat Hotel Mania

anak gua, Ainul Mardhiah, peminat cite Hotel Mania. Tapi dia tak pernah berpeluang nak tengok, satu sebab aku and wife sebuk nak tengok leverage, skang leverage dah abis, dia boley tengok hotel mania, tapi, 5 minit pertama je...pas tue dafi and co yang tengok die....

Wednesday, July 21, 2010

Mampuihla bolasepak Malaysia.

orang dalam FAM memang bodoh. baca komen datuk ape ntah dari 'ganu. marah atas komen dari kay to the jay. aku bukan suka kay jay, tapi komen dia ada bernasnya. itupun diorang marah, bagi jawapan bodoh. mampuih la bolasepak malaysia. sekali lagi ade opening untuk setiausaha FAM, sekali lagi aku nak hantar CV. sekali ngan snap shot CM 1 sampai CM2010 aku hantar.

pagi hujan lebat.aku ade dua pilihan, naki kete atau naik motor. kalau naik kete, aku tak kena hujan, tak payah pakai baju hujan. tapi, ngadap jam dalam hujan....pergghhh, tak bley tahan bro, naik darah. Kalau naik motor, kena pakai baju hujan, kena hujan lagi, tapi tak de kesesakan.....
so, naik motor lagi bagus,,,ade freedoooommmmmm!!!!

Mana nak cari duit extra? Please no MLM.

aku dah lama sangat tak main golf........aku nak main golf balik. Mak, mana set saya?

Sunday, July 18, 2010

CM 2010 crash!!!

apsal Cm 2010 aku tak bley asyik crash je ni!!!

Spain menang world cup. pertama kali menang dan team ketiga menang Euro dan WC. hebat. harap jangan jadi macam peranchis selepas ni.

Selangor dalam rangka untuk mennjulang kejuaraab liga dua kali berturut2. Kepada Kedah, pii raahhh. kepada Kelantan, demo mimpi sokmo.

Minyak naik. aku tak kesah pun. tapi income naik ciput.camne? najib, make sure semua happy.

semester ke 6 dah, 3 semester to go. penat beb. tapi, cita-cita mesti dicapai.

berdoa semua akan pulih kembali. tapi, aku rase diorang tak nak aku. takpe, aku stay sampai semester habis. then, am gonna tell 'em, fuck off and die.

Sunday, July 04, 2010

Never write off the German

"Mueller : Power kami banyak nii.....korang ade?"

adeh..Argentina whacked by Ze German. seperti biasa, aku tak bley tidur, wife aku merajuk kena marah. Permainan Spain pun tak bley mengubat luka dihati. German deserved to win, but Argentina nampak tactically lost. hampeh. Never ever write off the German! Ingat tu!



Friday, July 02, 2010

US Open dan England Kalah

Lupe saya.

Tiger Woods tak menang US Open. Nombor 3, atas Lefty. Maintain no.1 dunia. Champion US Open 2010, Graeme McDowell of Wales. No.2, Le Havre of France. kalau tahun nie Ryder Cup, US kalah.

Yang paling best, paling kiamat, England KALAH kepada GERMAN di PUSINGAN KEDUA PIALA DUNIA. England DIBELASAH German dengan 4-1. Padan muka. hampeh.

itu saja.

England dan Aku 2

Semasa berumur 12 tahun, iaitu tahun dimana Jerman Barat menewaskan Argentina di akhir Italia 90 seterusnya menjulang Piala Dunia ketiga mereka, aku telah dipilih untuk menyertai latihan pusat bolasepak untuk bawah 12 tahun Selangor. Oh ya, aku merupakan permain pertahanan terhebat di sekolah rendah Bandar Baru Bangi dan Daerah Hulu Langat. Pantas dan kental, seperti Juergen Kohler. Tiada siapa dapat melepasi kekangan aku. Tanyalah Zia Agi, adik Gibran Agi. Tanyalah Nazran anak Datuk (penyerang terhebat daerah hulu langat). Ya, aku menjalani latihan pusat di Rawang, tapi kali ini aku dicuba untuk bermain sebagai pertahanan kiri, bukan sebagai pertahanan tengah seperti biasa. Jurulatih Selangor bawah 12 tahun, Cikgu Nordin memberitahu aku bahawa kelebihan untuk membuat "overlapping" dan turun semula dengan pantas seumpama Andreas Brehme ( masa itu Roberto Carlos masih main bola kat belakang rumah mak dia). Namun, takdir penentu segala. Ibubapa aku datang, untuk mengambil aku pulang. Bapak aku kata, aku dipanggil untuk mewakili Selangor dalam acara lompat tinggi pula untuk ke kejohanan olahraga MSSM di Kuantan, Pahang. Oh, aku bukan sahaja hebat di padang bola, aku juga hebat sebagai juara lompat tinggi daerah Hulu Langat dan Selangor. Hebat bukan? Olehyang demikian, aku telah memilih untuk memilih untuk mewakili Selangor dalam olahraga. Takpelah, wakil Selangor juga bukan?itu cerita lain.



Berbalik kepada bola, 1991, aku masuk sekolah projek sukan Shah Alam dalam bahagian olahraga. Sekolah sukan antara yang terawal di Malaysia. Kira Kerajaan Negeri Selangor nak bentuk pasukan yang mantap la. Semua jenis sukan ada. Bolasepak, Olahraga, Takraw, Bola Jaring dan Hoki. Tapi, padang cam babi, padang batu kerikil beb...rumput tompok2. Patutla masa 90an, pasukan Selangor bawah 14, 16 dan 18 hebat-hebat, padang cam lahanat!! Aku suspek team yang tewaskan Selangor mesti lagi lahanat padang bolasepak dia. Padang Hoki pun takde, tapi champion gak hoki selangor. Dewan lagila....tak wujud? Tapi Team takraw hebat juge....trek olahraga? lagila takde....namun, dari 11 orang atlit olahraga, 8 terpilih sampai ke peringkat MSSM. memang bebudak yang masuk tu, berbakatla...



OOhhh...balik kepada bola England. Ya, disekolah ini aku bercampur dengan bebudak bola. semua paling cikai wakil Selangor beb, takat wakil Malaysia pun bersepah.....tapi masuk Liga Malaysia, hampeh!!! yang tak lepas pun ade....kekekekeke..... tapi yang bestnye, sini tengok bola, tengok bola beb. Analisis dari orang yang hebat-hebat. Sokong Selangor, wajib. masa tu Stadium Shah Alam tengah buat, so, dengar radio jela. Bayangakan, akhir Piala FA, Selangor v Perak, Bila Selangor gol je, bergegar asrama tu!! Siap lari bawak bendera lagi...hahahahahaha!!



Namun begitu, individu yang paling aku tak dapat lupe ialah Ahmad Shuib aka Takok. Dialah orang yang memperkenalkan Manchester United kepada aku. dia bercerita tentang Manchester United kepada aku, sehingga aku menjadi pengikut setia Setan Merah, sehingga kini dan selamanya......bersambung.