Wednesday, September 30, 2009

ganyang Malaysia!!! eh...nanti dulu....

Wa dah rase tremor, naru sikit je tu...agak2 mcm mana tremor yang 7.9 tu ye? Apa. mau lagi dihantarin askar ke Malaysia pak?

Monday, September 28, 2009

masih puasa

Raya nie, wa banyak berpantang, mcm orang mengandung. tapi, walaupun orang lain dah beraya, wa rase wa macam masih berpuasa je lagi......

Monday, September 21, 2009

Sebab itu kami Juara

Heh, selamat Hari raya ke 2!!

Lebih bermakna, shitty kena titik, TITIK kat Old Trafford...heheheh, kami 18 kali juara liga, 1 kali juara eropah dan 2 kali juara Liga Juara-Juara, bagaimana dengan kamu shitty?

Sunday, September 20, 2009

SHR

Selamat Hari Raya. Aku bukannya boleh raya sangat. cheh!!!

Thursday, September 17, 2009

Mak bapak ko memang kesian

Beb, lu orang rase berbaloi tak wa pijak perut budak tingkatan 4 sampai dia melutut mintak ampun? dah besor pun tak nak puasa, pas tue merokok kat public!! seb baik wa yak bawak kayu golf, hishhhh......geram tul wa ingat muka mamat tu...anak buah awie ke, anak buah tok ki ke, kalau tak puasa depan gua sambil isap rokok ngan muka belagak, memang wajib wa sepak perut sampai muntah!!!! cibai!!! wa pulak kurang pahala puasa marah!!!

Monday, September 14, 2009

Jagalah kesihatan I

wa baru balik dari ampang putri. bukan tengok orang, bukan periksa bangunan dan bukan usha kedai makan untuk buka puasa. Tapi wa kena admit, admit masuk CCU. dari azzaharah ke ampang putri. semua dalam keadaan urgent. tak sangka langsung. begini....

Seperti entri wa yang tedahulu, waa disyaki mengidap ghout. so wa buat rilek2 ar...dah kena nak buat camne kan? so lepas buke, wa makan ubat and pekena sebatang rokok.......dah pekena, wa lepak jap depan tv. dada wa rase sakit gile then cool down balik. pastu wa kena lagi sebatang, tu dia, dia punya sakit, siap berpeluh, sesak dada aku and muntah terus....kosong perut. perkara yg sama berulang di sahur. so, wa cakap kat bini wa, nanti wa amek dia awal, wa nak shoot terus gi azzaharah. Sesampai disana, doktor kata, wa alergi ubat ghout tu, kuat sangat untuk wa. So, lepas buka je, wa tak makan ubat, ialah kaki pun dah kurang sakit dah, wat pe wa nak layan ubat kan?

Wa pun layan sebatang ROKOK.......wa mule rase ok je, 5 minit lepas tu wa rase sakit dada, ya Allah sakit yang amat!! bukan main2 nye...parents wa dah panik, wife gua lagila....terus wa shoot ke hospital azzaharah. doktor siap buat resting ECG, tapi dia tak kata wa sakit jantung. dia mintak wa datang sok jumpa pakar cardiak. siap bagi mc lagi, yeahoooo...!!

Namun, kegembiraan hanya sementara, ku sangka pana tapi hujan di tengahhari. Wa jumpa doktor pakar kasdriak tu, buat stress test and ECG, itu doktor sudah kasi panik...."En.Shamsul, i kena tahan u, ur ecg shows something strange...." wa ok la, tipon wife wa suruh bawak baju....tuptuptup..."En. Shamsul, I akan hantar u ke ampang putri....ur condition is serious...." ahhhh..sudah. berat kes nie........

Wednesday, September 09, 2009

Daging kambing memang sedap. KFC pun kalah

"En. Shamsul, satu potong daging kambing ada macam2 penyakit" bilang doktor zhaidi.

Imbas kembali....

Jumaat.
lokasi : Restoran Kampung Pinang, Alamanda Putrajaya
Berbuka bersama pasangan pengantin baru, Hadi dan Nor ari Seremban. (tak datang kenduri punya pasal lorr...)

"Yang, sedapla tengok daging kambing tu...ingat nak rasa sikit la..." aku luahkan keinginan kepada isteri.

"Jangan ngada-ngada, you bukan boleh makan kambing, kang pening kepala la, sakit kaki la, jangan Dear.." bantah isteri aku. But, being me, degil, aku ambik jugak, amek seket (pinggan pertama) and amek seket lagi (pinggan kedua), hehehehehe, wife aku tak cakap ape.

Sok pagi, tapak kaki aku dah mula sakit.


Ahad.
lokasi : PICC restoran, Putrajaya.
Bersama Effie dan keluarga, menikmat buffet. Tu dia mak aih, kambing baik punya; kambing bakar, kari kambing, kambing beryani dan lain - lain kambing.

"Aku hari ni dah langgar pantang nie, banyak betuk makan kambing...heheheh"ujar aku pada effie, di hadapan isteri.

"Ala, makan je. Selagi boleh makan, makan. Kang dah tak boleh, payahlak. Lagipun ubat kan ade, kalau sakit, makan ubat, kekekekeke..." Effie dan aku ketawa, sambil isteri aku dan isteri effie menggeleng kepala. Iman, anak effie sedang membuat tawaf keliling pentas....

Pagi sok, kaki aku lagi teruk sakitnye.....


Selasa
lokasi: Klinik AzZaharah, Bangi
dalam bilik doktor zhaidi, sedang ditazkirah oleh isteri dan doktor.

asid urik aku sangat tinggi, terus kena injek kat punggung. aku disahkan sudah ada gout. hampeh.

Saturday, September 05, 2009

Syurga di bawah tapak kaki mama

Satu petang, selepas bebuka puasa...

"Ainul tau tak, tak baik lawan cakap mama?" aku cakap kat anak aku, sambil berbaring.

"Kenape yah?" Tanya anak aku balik, dengan penuh innocent."Sebab, di bawah kaki seorang ibu ada syurga, bak kata dato' fazilah kamsah, syurga dibawah tapak kaki ibu, so bawah tapak kaki mama ada syurga tau" info aku pada anak aku, penuh hikmah dan helah...hehehehehe." Cuba ainul tengok..."

"Mana yah? tak nampok pung?" anak aku mendekatkan mukanya ke tapak kaki wife aku. wife aku dah pakat tahan gelak. anak aku masih dengan innocentnya mencari 'syurga' di tapak kaki mamanye......kekekekeke....last-last wife aku bagitau takde..ayah bohong je...kekekekek...sori nul, ayah gurau, ciao!!

Friday, September 04, 2009

raging budak

Kalau tak nak dengar khutbah, jangan la duduk dalam saf. Ikut hati aku yang pernah jadi abang senior, balik masjid je, aku panggil korang masuk bilik. Aku tomoi sekor - sekor pastu aku 'stalek' kepala korang. Sebabkan aku tak pueh hati lagi, aku suruh korang berdiri atas katil dua tingkat yang asyik berbunyi 'kriuk, kriuk ' tu, lepas tue aku suruh korang tiup lampu pendaflour tu sampai padam, aku bagi korang masa 10 saat je. tak padam kalu, aku sepak korang jatuh dari katil dua tingkat. hangin tul aku ni.....

Iphone 3GS

Semalam...

"Yah.... nak minum...."anak wa masuk kete dengan esakan kecil. alamak, berat kes ni.

"mana boleh, lagi dua jam je, lagipun nak bukak kat rumah Wan, sabar ek.." suara wa tegas dan penuh sifat kebapaan.

"haussss...nak minum....huhuhuhuhu..." terus nangis. Tapi tahan gak sampai rumah Wan. Wa cakap kat wife, sok anak dara aku takyah pose.

Malam tu anak wa teman kan wa lipat kain kat bawah (bini wa dah pengsan kat atas, masuk rumah je munta, maklumla, bawak budak), sambil menonton Tower 13 dengan episod Azlan dan jelmaan Rina. tak seram sangat, yang seram ialah cite encik murad dan cerminnya di minggu hadapan.

Canggih tul Iphone 3Gs. Apai dah beli satu. Mula - mula wa kutuk bagai nak rak. Mana boleh lebih dari awa, Nokiha. Taula gambo cantik, hp wa gambo cantik gak, tapi MP kecik le sket. Tapi, skali watengok iklan baru 3Gs, wa diam, boleh ambik gambor video pas tue boleh cut on the spot. Canggih tul, tapi takde la wa nak beli. Dengan harga tu, baik wa angkat Titleist AP1!!!

hari ni wa nak pekena butter prawn......slurrpp!!

Wednesday, September 02, 2009

Manchester United v Arsenal

Arsenal tewas kepada Man United. Selepas semua cakap - cakap besar, mereka tewas. Silap mereka. seperti biasa, mereka dan peminat langsung tak dapat menerima kekalahan, ref salah, man united jahat, diorang main lebih cantek ala - ala amir chow sinchi masa main winning eleven la, bak kata pak pandir, macam2 alasan yang diberi, tapi tak satu pun dapat terima hakikat mereka kalah. biasa la, nak tutup salah sendiri. budak - budak jangan dilayan.