Wednesday, July 28, 2010

Apa beza kfc dengan Mcdonald? Kfc operate by malay, sebab tu lembap nak mampus! Pekerja melayu yg takde motivasi!!! Mcdobald operate by non-malay, run by aggressive new malay, and i never had to que so fucking long and slow at Mcdonald.

Sunday, July 25, 2010

Malaysian Tiger Fan = great = evolusi =revolusi

Malaysia 1 - Korea Selatan 0....hahahahaha...sape sangke? walaupun perlawana bawah 23 tahun, tapi ini Korea Selatan beb. Tapi aku syak, pasukan yang dihantar ialah pasukan tangkap muat je....pedulikkan! janji, Malaysia pun main bagus gak.

Tapi, itu atas padang. Tepi padang lagi menarik.Aku tertarik dengan kelibat penyokong muda generasi baru. generasi yang hanya mendengar nama Azizul Abu Hanifah, Thanasegar, arwah Borhan Abu Samah dan seangkatan mereka.......generasi EPL, Primera dan Bundesliga...kental memberi sokongan padu kepada pasukan Malaysia. Bukan generasi kecewa seperti generaso aku, yang menyaksikan zaman kegemilangan bolasepak Malaysia, ditumpaskan oleh gejala rasuah dan ketololan komiti FAM yang sudah Jurassic. Seronok beb, penyokong Malaysia sudah berevolusi, gaya sokongan yang mantap dan global. gaya anak muda, gaya indie (bak kata wartawan hiburan). Aku dapat rasakan, masa akan sampai, penyokong Malaysia akan melancarkan revolusi. Ada berani? sultan bola, tengku bola serta datuk2 bola sudah jurassic....go!!!!

Friday, July 23, 2010

Red Devils = Beruang

Sinar FM " tiada cadangan melarang pemakaian jersi Manchester United hanya kerana simbol setan merah...."

Ainul pandang aku...

Ainul : "Ayah, lambang kat jersey Mancester tu syaitan ke?"

Ayah : "Entah, Ainul rase ape tu?"

Ainul : pusing ke belakang, nak tengok gambar " Ainul rase itu gambar beruang la yah, bukan syaitan..."

hehehehehe....And the Reds go marching on.....


Thursday, July 22, 2010

Peminat Hotel Mania

anak gua, Ainul Mardhiah, peminat cite Hotel Mania. Tapi dia tak pernah berpeluang nak tengok, satu sebab aku and wife sebuk nak tengok leverage, skang leverage dah abis, dia boley tengok hotel mania, tapi, 5 minit pertama je...pas tue dafi and co yang tengok die....

Wednesday, July 21, 2010

Mampuihla bolasepak Malaysia.

orang dalam FAM memang bodoh. baca komen datuk ape ntah dari 'ganu. marah atas komen dari kay to the jay. aku bukan suka kay jay, tapi komen dia ada bernasnya. itupun diorang marah, bagi jawapan bodoh. mampuih la bolasepak malaysia. sekali lagi ade opening untuk setiausaha FAM, sekali lagi aku nak hantar CV. sekali ngan snap shot CM 1 sampai CM2010 aku hantar.

pagi hujan lebat.aku ade dua pilihan, naki kete atau naik motor. kalau naik kete, aku tak kena hujan, tak payah pakai baju hujan. tapi, ngadap jam dalam hujan....pergghhh, tak bley tahan bro, naik darah. Kalau naik motor, kena pakai baju hujan, kena hujan lagi, tapi tak de kesesakan.....
so, naik motor lagi bagus,,,ade freedoooommmmmm!!!!

Mana nak cari duit extra? Please no MLM.

aku dah lama sangat tak main golf........aku nak main golf balik. Mak, mana set saya?

Sunday, July 18, 2010

CM 2010 crash!!!

apsal Cm 2010 aku tak bley asyik crash je ni!!!

Spain menang world cup. pertama kali menang dan team ketiga menang Euro dan WC. hebat. harap jangan jadi macam peranchis selepas ni.

Selangor dalam rangka untuk mennjulang kejuaraab liga dua kali berturut2. Kepada Kedah, pii raahhh. kepada Kelantan, demo mimpi sokmo.

Minyak naik. aku tak kesah pun. tapi income naik ciput.camne? najib, make sure semua happy.

semester ke 6 dah, 3 semester to go. penat beb. tapi, cita-cita mesti dicapai.

berdoa semua akan pulih kembali. tapi, aku rase diorang tak nak aku. takpe, aku stay sampai semester habis. then, am gonna tell 'em, fuck off and die.

Sunday, July 04, 2010

Never write off the German

"Mueller : Power kami banyak nii.....korang ade?"

adeh..Argentina whacked by Ze German. seperti biasa, aku tak bley tidur, wife aku merajuk kena marah. Permainan Spain pun tak bley mengubat luka dihati. German deserved to win, but Argentina nampak tactically lost. hampeh. Never ever write off the German! Ingat tu!



Friday, July 02, 2010

US Open dan England Kalah

Lupe saya.

Tiger Woods tak menang US Open. Nombor 3, atas Lefty. Maintain no.1 dunia. Champion US Open 2010, Graeme McDowell of Wales. No.2, Le Havre of France. kalau tahun nie Ryder Cup, US kalah.

Yang paling best, paling kiamat, England KALAH kepada GERMAN di PUSINGAN KEDUA PIALA DUNIA. England DIBELASAH German dengan 4-1. Padan muka. hampeh.

itu saja.

England dan Aku 2

Semasa berumur 12 tahun, iaitu tahun dimana Jerman Barat menewaskan Argentina di akhir Italia 90 seterusnya menjulang Piala Dunia ketiga mereka, aku telah dipilih untuk menyertai latihan pusat bolasepak untuk bawah 12 tahun Selangor. Oh ya, aku merupakan permain pertahanan terhebat di sekolah rendah Bandar Baru Bangi dan Daerah Hulu Langat. Pantas dan kental, seperti Juergen Kohler. Tiada siapa dapat melepasi kekangan aku. Tanyalah Zia Agi, adik Gibran Agi. Tanyalah Nazran anak Datuk (penyerang terhebat daerah hulu langat). Ya, aku menjalani latihan pusat di Rawang, tapi kali ini aku dicuba untuk bermain sebagai pertahanan kiri, bukan sebagai pertahanan tengah seperti biasa. Jurulatih Selangor bawah 12 tahun, Cikgu Nordin memberitahu aku bahawa kelebihan untuk membuat "overlapping" dan turun semula dengan pantas seumpama Andreas Brehme ( masa itu Roberto Carlos masih main bola kat belakang rumah mak dia). Namun, takdir penentu segala. Ibubapa aku datang, untuk mengambil aku pulang. Bapak aku kata, aku dipanggil untuk mewakili Selangor dalam acara lompat tinggi pula untuk ke kejohanan olahraga MSSM di Kuantan, Pahang. Oh, aku bukan sahaja hebat di padang bola, aku juga hebat sebagai juara lompat tinggi daerah Hulu Langat dan Selangor. Hebat bukan? Olehyang demikian, aku telah memilih untuk memilih untuk mewakili Selangor dalam olahraga. Takpelah, wakil Selangor juga bukan?itu cerita lain.



Berbalik kepada bola, 1991, aku masuk sekolah projek sukan Shah Alam dalam bahagian olahraga. Sekolah sukan antara yang terawal di Malaysia. Kira Kerajaan Negeri Selangor nak bentuk pasukan yang mantap la. Semua jenis sukan ada. Bolasepak, Olahraga, Takraw, Bola Jaring dan Hoki. Tapi, padang cam babi, padang batu kerikil beb...rumput tompok2. Patutla masa 90an, pasukan Selangor bawah 14, 16 dan 18 hebat-hebat, padang cam lahanat!! Aku suspek team yang tewaskan Selangor mesti lagi lahanat padang bolasepak dia. Padang Hoki pun takde, tapi champion gak hoki selangor. Dewan lagila....tak wujud? Tapi Team takraw hebat juge....trek olahraga? lagila takde....namun, dari 11 orang atlit olahraga, 8 terpilih sampai ke peringkat MSSM. memang bebudak yang masuk tu, berbakatla...



OOhhh...balik kepada bola England. Ya, disekolah ini aku bercampur dengan bebudak bola. semua paling cikai wakil Selangor beb, takat wakil Malaysia pun bersepah.....tapi masuk Liga Malaysia, hampeh!!! yang tak lepas pun ade....kekekekeke..... tapi yang bestnye, sini tengok bola, tengok bola beb. Analisis dari orang yang hebat-hebat. Sokong Selangor, wajib. masa tu Stadium Shah Alam tengah buat, so, dengar radio jela. Bayangakan, akhir Piala FA, Selangor v Perak, Bila Selangor gol je, bergegar asrama tu!! Siap lari bawak bendera lagi...hahahahahaha!!



Namun begitu, individu yang paling aku tak dapat lupe ialah Ahmad Shuib aka Takok. Dialah orang yang memperkenalkan Manchester United kepada aku. dia bercerita tentang Manchester United kepada aku, sehingga aku menjadi pengikut setia Setan Merah, sehingga kini dan selamanya......bersambung.