Friday, July 02, 2010

England dan Aku 2

Semasa berumur 12 tahun, iaitu tahun dimana Jerman Barat menewaskan Argentina di akhir Italia 90 seterusnya menjulang Piala Dunia ketiga mereka, aku telah dipilih untuk menyertai latihan pusat bolasepak untuk bawah 12 tahun Selangor. Oh ya, aku merupakan permain pertahanan terhebat di sekolah rendah Bandar Baru Bangi dan Daerah Hulu Langat. Pantas dan kental, seperti Juergen Kohler. Tiada siapa dapat melepasi kekangan aku. Tanyalah Zia Agi, adik Gibran Agi. Tanyalah Nazran anak Datuk (penyerang terhebat daerah hulu langat). Ya, aku menjalani latihan pusat di Rawang, tapi kali ini aku dicuba untuk bermain sebagai pertahanan kiri, bukan sebagai pertahanan tengah seperti biasa. Jurulatih Selangor bawah 12 tahun, Cikgu Nordin memberitahu aku bahawa kelebihan untuk membuat "overlapping" dan turun semula dengan pantas seumpama Andreas Brehme ( masa itu Roberto Carlos masih main bola kat belakang rumah mak dia). Namun, takdir penentu segala. Ibubapa aku datang, untuk mengambil aku pulang. Bapak aku kata, aku dipanggil untuk mewakili Selangor dalam acara lompat tinggi pula untuk ke kejohanan olahraga MSSM di Kuantan, Pahang. Oh, aku bukan sahaja hebat di padang bola, aku juga hebat sebagai juara lompat tinggi daerah Hulu Langat dan Selangor. Hebat bukan? Olehyang demikian, aku telah memilih untuk memilih untuk mewakili Selangor dalam olahraga. Takpelah, wakil Selangor juga bukan?itu cerita lain.



Berbalik kepada bola, 1991, aku masuk sekolah projek sukan Shah Alam dalam bahagian olahraga. Sekolah sukan antara yang terawal di Malaysia. Kira Kerajaan Negeri Selangor nak bentuk pasukan yang mantap la. Semua jenis sukan ada. Bolasepak, Olahraga, Takraw, Bola Jaring dan Hoki. Tapi, padang cam babi, padang batu kerikil beb...rumput tompok2. Patutla masa 90an, pasukan Selangor bawah 14, 16 dan 18 hebat-hebat, padang cam lahanat!! Aku suspek team yang tewaskan Selangor mesti lagi lahanat padang bolasepak dia. Padang Hoki pun takde, tapi champion gak hoki selangor. Dewan lagila....tak wujud? Tapi Team takraw hebat juge....trek olahraga? lagila takde....namun, dari 11 orang atlit olahraga, 8 terpilih sampai ke peringkat MSSM. memang bebudak yang masuk tu, berbakatla...



OOhhh...balik kepada bola England. Ya, disekolah ini aku bercampur dengan bebudak bola. semua paling cikai wakil Selangor beb, takat wakil Malaysia pun bersepah.....tapi masuk Liga Malaysia, hampeh!!! yang tak lepas pun ade....kekekekeke..... tapi yang bestnye, sini tengok bola, tengok bola beb. Analisis dari orang yang hebat-hebat. Sokong Selangor, wajib. masa tu Stadium Shah Alam tengah buat, so, dengar radio jela. Bayangakan, akhir Piala FA, Selangor v Perak, Bila Selangor gol je, bergegar asrama tu!! Siap lari bawak bendera lagi...hahahahahaha!!



Namun begitu, individu yang paling aku tak dapat lupe ialah Ahmad Shuib aka Takok. Dialah orang yang memperkenalkan Manchester United kepada aku. dia bercerita tentang Manchester United kepada aku, sehingga aku menjadi pengikut setia Setan Merah, sehingga kini dan selamanya......bersambung.

No comments: