Thursday, January 31, 2008

LC135


Aku memang nak beli LC135. Gila babas steam siot tgk!!! Boley merempit ngan kuda putih dan kuda merah kat serdang (ada lagi ke trek tu?). Mintak2 la bonus aku banyak....

Wednesday, January 30, 2008

Iras2 Tiger bakal muncul

Banyak benda nak cerita, tapi aku ringkaskan je la :

1) Musim PGA 2008 sebenarnya baru bermula ( aku hanya kira musim start bila Tiger main je). Baru 1st tournament, dia dah menang over the field by 8 strokes. Itupun aku rase dia main2, sebab kalau tak salah aku, mase aku terpejam celik tengok Buick Invitational pagi Isnin tue, yang aku ingat by 14th hole, dia dah lead 11 strokes, aku dah ingat dia nak lakar satu lagi sejarah dah. Itu pun dia dah tunjuk magik buat putting stroke yang bak kata Nick Faldo, 'a mind boggling putting!!" Lu kena tengok beb!!! Kalau macam tu lah putting Tiger dan dia boley maintain the putting stroke in all Majors of this season, aku rase mau grand slam gak dia tahun nie!!!

2) Heath Ledger (pelakon yang naik selepas 10 things i hate about u) dah mati. Disyaki bunuh diri.

3) Manchester United terus mengganas. Arsenal mengikuti rapat. Yang hampehnye, MU v arsenal di FA Cup 5th round

4) Confirm aku kena praktis putting. Kalau GIR banyak skali pun, kalau par 5 boley buat 3 on skalipun tapi buat 4 putt, apekejadah!!!!

5) Aku akan disumbatkan ke dalam gym selepas ni. Kalau korang jumpa iras Tiger kat keramat ke, kat bangi ke, kat Staffield ke. kat Nilai ke, aku le tue......kekekekekekeke

6) Wish list aku tahun nie:
a) New 3 woods
b) New 60 degree wedge
c) New driver
d) A PUTTING MAT

7) Aku rase tahun nie aku nak beli motor le; I have set my sight on 2 models; Yamaha LC and Yamaha Legenda.Aku akan angkat salah satu, subject to bonus la......kekekeke

Monday, January 14, 2008

We're back on top!!!


Ohoi!!! Pasukan Syaitan Merah telah menunjukkan kehebatan mereka!!! Membelasah team kuda belang dengan 6 - 0!!! kekekeke, pasukan penembak meriam pula hanya mampu seri dengan team kawasan istana 1 -1. Ini bermakna pasukan Syaitan Merah kembali mendahului liga!


Oh ya, minggu lepas adalah ulang tahun ke-30 permaisuri ku. Selamat Hari Jadi Sayang!!! Awak tua dulu daripada saya.....heheheheh. Saya seronok tengok awak gembira bila dapat hadiah tu. Saya sangat sayang awak.


Menurut pihak polis, mereka berjaya MENANGKAP suspek berkaitan dengan kes pembunuhan Nurin jazlin.Itu statement polis kepada orang kampung, orang yang emosi dan pengundi buta. Aku baca; mereka berjaya menangkap SUSPEK untuk kes yang berkenaan. Bila kata suspek, tak semestinya dia bersalah bukan?Hehehehe, maklumlah, pilihanraya semakin hampir. Semua mesti ada feel good factor.


Aku ingat nak main golf la....
p/s: gambar di atas menunjukkan aksi anakku ketika cuba menaikkan ikan paus. Aku tak tipu, dia telah berjaya menaikkan ikan pasu tersebut. Betul beb...!!

Saturday, January 05, 2008

End of Tunnel


Is there light at the end of the tunnel? Or it's just a fucking fake and temporary lights?!!


Dah lama tak menulis blog. aku busy.


Aku baru balik dari Jakarta / Bandung. Aku nak bercerita tentang keadaan di Indonesia, in my point of view, for such a very short stay. Tapi nanti. Sekarang ni aku berada dalam situasi ala2 Krisis Misil Cuba. Silap2 nanti ada serangan ala2 peristiwa Bay of Pig.


Ohh..pasukan Sea games Malaysia berjaya mencapai sasaran pingat Emas. Diorang tempat kedua. Penkid gemok tu mesti tersenyum, "At least I have something to show to Pok Lah" Kata si Penkid gemok dalam hati.


Pasukan Syaitan Merah mempamerkan prestasi ala2 yoyo, tetapi lebih baik daripada pasukan Model Carlsberg dan pasukan Syaitan Biru. Pasukan Penembak Meriam masih lagi gah di persada tahkta setelah membedil semua pasukan yang berada di hadapan mata kecuali pasukan yang stadiumnya berada di Tepi Sungai, yang berjaya menyejukkan meriam pasukan Penembak Meriam. Kepada pasukan Syaitan Merah, teruskan perjuangan mu, aku akan sentiasa menyokong mu, akulah peminat setia walapun mantel mu masih belum mampu aku miliki, hehehehehe.....


Melihat kembali tahun 2007, aku tengok acara sabit menyabit di 18 lubang bersama pesaing2 ku agak kurang. Harap2 tahun nie aku dapat mebantu diorang dengan lebih kerap untuk menyabit rumput untuk tanah yang seluas 18 lubang itu.


Ohhhh...untuk si Toncet, kau telah mencabar aku ye......