Monday, January 14, 2008

We're back on top!!!


Ohoi!!! Pasukan Syaitan Merah telah menunjukkan kehebatan mereka!!! Membelasah team kuda belang dengan 6 - 0!!! kekekeke, pasukan penembak meriam pula hanya mampu seri dengan team kawasan istana 1 -1. Ini bermakna pasukan Syaitan Merah kembali mendahului liga!


Oh ya, minggu lepas adalah ulang tahun ke-30 permaisuri ku. Selamat Hari Jadi Sayang!!! Awak tua dulu daripada saya.....heheheheh. Saya seronok tengok awak gembira bila dapat hadiah tu. Saya sangat sayang awak.


Menurut pihak polis, mereka berjaya MENANGKAP suspek berkaitan dengan kes pembunuhan Nurin jazlin.Itu statement polis kepada orang kampung, orang yang emosi dan pengundi buta. Aku baca; mereka berjaya menangkap SUSPEK untuk kes yang berkenaan. Bila kata suspek, tak semestinya dia bersalah bukan?Hehehehe, maklumlah, pilihanraya semakin hampir. Semua mesti ada feel good factor.


Aku ingat nak main golf la....
p/s: gambar di atas menunjukkan aksi anakku ketika cuba menaikkan ikan paus. Aku tak tipu, dia telah berjaya menaikkan ikan pasu tersebut. Betul beb...!!

No comments: