Monday, August 06, 2012

Olympics 2012

1. Dato' Lee Chong Wei gagal memenangi pingat emas untuk Malaysia, skali gus tiada cuti dan aiskrim Baskin Robbin percuma seluruh negara. Tidak mengapa Dato', kami dapat lihat Dato' sudah bagi lebih dari terbaik.....kami nampak usaha Dato', tapi nasib tidak menyebelahi kita. Terima Kasih Dato' kerana menyatukan rakyat Malaysia.

2. acara yang paling ditunggu2, 100m lelaki. the king, Usain Bolt berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya 4 tahun lalu di Beijing apabila memenanginya buat kali ke2 dengan rekod baru Olimpik 9.64 saat, kedua ialah Yohan Blake dari Jamaica dan ketiga, Justin gaitlin dari USA. semua pelari di akhir lari bawah 10saat kecuali asafa powell yang kena ketegangan otot.