Thursday, February 07, 2013

Motor kapacai zaman sekarang tak power!! hantar SSII standard modified pun belum tentu LC boleh potong.

Pada masa dan waktu ni, kenderaan aku ke pejabat ialah motor FZ150i Yamaha. dan ini pendapat aku;

1. Motor ni tak laju, tak seperti yang aku harapkan. Top-speed 120km/h, mungkin kerana saiz badan aku. namun begitu, dari pembacaan aku di forum2, dan facebook. top speed yang paling hebat ialah 150km/h. terkejut aku!! itu je yang mampu? zaman aku pakai RGV dulu, selambe je cecah 150km/h, 120cc je tu pun. dan standed mended lagi.

2. Scene permotoran kapcai sekarang mewah....nak modified, beli barang je terus pasang. Tiada lagi cerita pasal katam ezkos, potong head, korek blok, jarum, potong body....takde dah langsung. dan aku rase, bebudak zaman sekarang ni pun tak tau benda-benda tu kot?

3. Sebenarnye, aku pelik, amende yang dirempit oleh bebudak zaman sekarang ni? dahlah motor 4 stroke, tak laju lak tu, bunyi tak bingit. Zaman mat motor dulu, fuhhhh....pick-up power, top speed kencang.....lagenda TZM, panther jerung, gamma kuda putih.....meriah zaman dulu to bro!! kalau lepak di trek serdang, semua jenis kategori ada, mcam-macam motor ade...skangni, takkan honda dash nak main dengan LC kut? confirm kena tapau. kesian budak zaman sekarang ni.