Saturday, October 31, 2009

Futsal bukan Football

Aku kecik2 suka main bolasepak. Bapak aku yang ajar aku main bola sepak. Korang kalau nak tahu, bapak aku dulu player UKM beb, seangkatan dengan Richard Scully. Best tul main bola nie, ade 22 orang atas padang. Main passing cantik, shoot jauh. Masuk sekolah rendah, masa darjah lima, aku dah terpilih main bawah 12. Darjah 6 aku wakil sekolah lagi, tapi kalah dengan SURADA kat peringkat zon. Striker surada tu gemok besar beb, tapi aku sebagai kapten dan last man (sweeper la) selamba je challenge body dengan dia. aku stay, dia tumbang. tapi sekolah aku kalah gak, sebab striker aku tak gheti jaring gol. winger aku, muzil ( awek2 darjah 6 semua syok kat dia, handsome wooo) memang gila babas main ari tu, tapi striker aku, hampeh.

Masuk sekolah menengah, aku masuk sekolah projek seksyen 11. tapi tak main bola, sebab ramai gila babas yang hebat. ameer ali, Burn, Nizam giggs, Gary, acoi, termasuk badut (tak silap aku mamat nie main kat UPB my team), sebut je, bersepah. Siap sekolah aku boleh buat daerah sendiri untuk men peringkat MSSS (majlis sukan sekolah selangor). Aku tengok jela, kenkadang join men ngan diorang.Tapi, macam2 skill aku dapat. gila beb, paling cikai main selangor. ko bayangkan, m.chandran pun men reserve je mase ni. tapi dah besor nie, berape kerat je men selangor. hampeh. takpela....banyak sangat godaan jadi pemain bola nie. Bila aku pindah KajangHigh School (ni sekolah k.sanbagamaran beb, legend!!), selambe je aku terpilih wakil sekolah tu. Kalau korang nak tau, STK juara bertahan bawah 18 tahun, 3 kali berturut. Aku dan kenkawan berjaya dapatkan kali ke-4. Ingat lagi mase tue, main kat stadium kajang, sampai runtuh pagar bebudak sekolah aku buat...kekekekeke

Masuk universiti, main bola lagi, tapi skala kecil. main 9 a side. peringkat fakulti je. dapatla tempat ke4. tapi yang best tue...bebudak kata team aku main macam brazil. fuhhhh...bangga tul!! tapi itula....tempat ke4. hampeh....dan itula kali terkahir aku main bola kat padang.....

kalau korang perasan....awal2 aku men bola, takdepun futsal. ya FUTSAL. aku dah keje, iaitu 3tahun selepas aku grad, baru ade futsal. dan bermulalah era kejatuhan bolasepak. sebab semua orang main kat dewan, padang kecik, sejuk. siapa nak main lat padang besar kan? panas lak tue. AWEKs pun kurang. kalau kat futsal, fazura pun main....haaa, tak best tu?

Tapi, diorang men tu, yang duk buat karnival sana sini tu....padang futsal yang sebenar ke?

Bagi aku, futsal nie bagi peluang kepada outkast untuk men skali....ialah kalau main padang besar sure jarang dapat bola...kalau futsal nie, senang sikit...

FAM kate futsal boley bantu naikkan mutu pemain. yang main brazil world cup tu, tak main world cup futsal pun? rooney tak main pun? baik main 5 a side, aku rase much better. skang nie tak banyak kejohanan 7 sbelah, 5 sbelah, atau 9 sbelah. agak2nye yb takde bajet kot?

aku rindu bolasepak, real footballl!

Monday, October 26, 2009

Kalah la plak, hampagas!!

kalah beb. main macam hampagas. belagak pun ye. ialah, kalau benayoun pun tak bley jaga, apekejadah!!! scholes mana boleh main 1st eleven, anderson la!!! ryan giggs boleh, tapi main game senang2 boleh la. Ini game besar. jgn buat hal. tapi, liverpool memang layak menang la.

Wednesday, October 21, 2009

Please be fair, please understand.

Kecoh skang pasal budak kena pukul ngan org kampung. Ialah, ko pun satu hal, datang tempat orang, masuk rumah anak dara, pas tue bila kena tangkap, buat kurang ajar. Kalau aku kena, aku baling je dari tingkat atas ke bawah, pas tue kata dia cuba lari....... Ialah, orang kampung tu dah lame geram, banyak sangat benda bukan - bukan, kalau kena, satu kampung kena tempias, nak?

aha, btw, liverpool kalah lagi, di anfield. aku seronok tul.

next keje, masalah dah tunggu......

Sunday, October 18, 2009

Setan Merah terus melangkah.

Kalau aku jadi owner liverpool, dah lame aku sepak je Rafa beTINez tu. Tapi, kelab tak tentu hala, maka keputusan pun tak tentu hala gak le....aku risau, tahun nie diorang fight for survival. Mau ramai - ramai LFC fan tukar kerakyatan, heheheheh...

Setan Merah, seperti biasa, melangkah gagah. setan biru yang duk bising2 kata diorang adalah champs material dah sangap. diorang terlupa, Setang Merah hanya tua pada manager, tidak pada player. Lenkali, nak cakap besar, ialah 3 game awal dan selepas krismas. faham?!

Friday, October 16, 2009

Pearl Jam is coming?

Pearl jam nak turun malaysia? wahh...aku kena cari balik baju kotak nie....

siot, lagi seminggu nak masuk opis balik...bosan.