Tuesday, November 15, 2011

PAS parti yang pelik

Bila PAS kalah dengan UMNO dalam pilihanraya, diorang kata UMNO guna pengundi hantu. korang fikir senario camni ye, tolak segala cerita berapa kerusi bertanding, pengundi hantu, pengundi syaitan dan pengundi malaikat. Kita ambil faktor bahawa PAS ni adalah parti yang memperjuangkan ISLAM (agama aku, agama diorang dan agama nenek moyang melayu kite). Ingat ye, diorang memperjuangkan ISLAM. bermakna, bagi pengikut PAS ni, kira berjihad lawan orang paling jahat, teruatamanya UMNO. Tapi, yang diorang pernah dapat, sebelum 2008, hanyalah Kelantan. Terengganu pernahlah satu penggal, lepas tu sangap, terlepas ke UMNO balik (spt biasa, UMNO main jahat-kata diorang, bukan aku kata). Paca 2008, PAS dapat 2 negeri kembali, cuma kali ni KEDAH. kira tempat Melayu yang kampung2 sket (maaf ya, ini memang benar), diorang boleh menang mudah, UMNO punya taktik tak bley pakai punya.

Ok, persoalannya :

1. Kenapa bila kalah, sepanjang yang aku baca HARAKAH (lidah rasmi PAS), tak pernahlah kata mari kita muhasabah diri, pimpinan PAS perlu buat post mortem ka macam UTUSAN MELOYA? makna dalam isu ini Utusan Meloya lagi baguih dari HARAKAH, sedaq diri walaupun dikata tak Islam.

2. Depa kata depa berjihad, tapi bila kalah semua salah UMNO taghut. Depa pernah cek tak, kenapa depa dok solat hajat dalam stadium, solat hajat atas jalanlah, tapi ALLAH tak bagi depa menang lagi? la ni, makin menyampah orang tengok PAS ni. Depa ni, pengikut PAS ada baca tak pasai perang2 di zaman Rasul SAW? Perang di zaman Khalifah yang 4? Perang Salib? baca tak macammana sifat pejuang2 (askar biasa termasuk) semasa kejayaan menumbangkan Konstantinople (Istanbul)? Aku jamin depa tak baca. sebab tu, depa tak bley menang, sebab tu Perak boleh terlepas ke tangan UMNO balik. Sebab tu PAS Selangor huru hara. Semua pengikut dok harap Pemimpin je doa, puasa dan tahajud. Yang pengikut duk tampal banner lah, duk minum kopi la, duk gi gaduh ngan org UMNO la. Islam apa ? serupa je korang dgn orang UMNO, cuma beza pakai kopiah je! Sila baca macam mana sifat askar-askar Islam semasa dalam perjuangan. Ini tak, bila menang di Terengganu, perangai macam hooliganz of England, kira dalam adab perang, hangpa semuu dah fail!!!! ehhh..depa tau ka dalam Perang pun Islam ajar beradab?

3. Apsai hangpa dulu duk kat Anwar, la ni boleh duk semeja, sebantal dan sekatil? ni lah taktik politik yang paling aku tak paham, yang menuduh Anwar main bontot, Azizah ada boyfren, yang panggil Anwar sebagai Aljuburi ni, bukan ka Timbalan Presiden hangpa yang skang ka? ni paling aku tak paham, fahaman politik apa depa pakai, pun aku tak tau.

so, bagi aku, selagi depa punya perangai tak berubah, tak ISLAMMMMM, jangan mimpi nak menang kat MALAYSIA. PAS sama dengan UMNO, tapi yang jijiknya, PAS memperkudakan Islam.

No comments: