Saturday, February 17, 2007

Nasihat dari orang yang tak beberapa baik

Aku baca harakah pasal mualaf. Bila cerita pasal nualaf, aku kesian gak ngan diorang, bila convert to islam, dahlah kuarga asal buang diorang, saudara sesama islam yang berbangsa Melayu pun nak tak nak je terima diorang. Tu yang kekadang aku bengang gak ngan orang Melayu islam nie, cerita meletup2 pasal agama, berdakwah tak ingat, tapi bila ada saudara baru, buek bodoh je, termasukla aku. Aku teringat kat sorang kawan aku, budak sabah, convert to islam, bangsa kadazan. baguslah, harapkan aku, boleyla bimbing sikit2, aku try je la, tapi tula pengetahuan cetek, apa yang aku tahu, aku ajar la sket2....tapi yang tak bestnye, bebudak yang pakai kopiah, aku gelar gang surau, boley lak diorang buek donno je, ajakla sket2, gi solat ke, ajar fardhu kifayah ke....ni tadak, sebab mamat sabah nie gang aku....apada....aku memang dari dulu anti ngan gang surau nie, cite tak kalah, khutbah tak ingat, tapi bila bab awek, diorang no.1, siap kantoi berdua2an dalam kelas lagi, kalau boley, semua awek tudung diorang nak rembat, pasai depa ingat orang cam aku tak layak kot...awek tudung pun sama gak, pilih bulu, gang usrah diorang je jaga, budak lain sket, mula dakwah, laser lak tu..lagi la bebudak tu anti...bila dah jadi benda bukan2, konon2 prihatin la...podahhhh!!!

Sori arr...aku bukan sealiran ngan sister in islam, tapi kekadang tu diorang ni jumud sangat....cubala ikut aliran zaman sket....diiorang nila punca2 orang pandang islam ketinggalan zaman, Islam tak, diorang je ketinggalan zaman. Duduk sesama diorang je, tak reti nak bercampur, tak reti nak bersosial. Bukan suruh pergi disko pun, bukan suruh minum arak pun, suruh bercampur ngan orang, jangan menyombong tak tentu hala, Tuan Guru pun okay je pergi kenduri Datuk Zaid Ibrahim, tak de masalah pun? Pastu bila tak dapat keje, mula la salah kan kerajaan, yolah, kerajaan bodolah ni pun memang lembap, tapi takkan nak berharap je? Allah SWT suruh berusaha dan berdoa, bukan berdoa sahaja....tak pernah la nak tengok kelemahan diri sendiri, pandai ke aku bercampur ngan orang, bolehke aku bercakap depan orang, bolehke aku bercakap dalam bahasa inggeris, market kan diri tue, tambah ilmu baik yang lain....

So, jadi la umat Islam yang berjaya, yang tawadduk, yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Bagi aku, walaupun kita dilahir sebagai Islam, kita mesti berusaha mencari Allah, maksud aku mesti sentiasa untuk memperbaiki diri. Jangan pressure diri untuk terus baik kalau tak mampu, perlahan2, kita bukan maksum, kita manusia, sentiasa melakukan kesalahan dan Allah bagi peluang kat kita untuk bertaubat selagi kita tidak murtad. Yang penting sentiasa berusaha untuk baik. Jaga Rukun yang lima dan enam. Ingat, sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, dan insya-Allah, Allah SWT akan membantu kita. Sekali lagi, ingat, sentiasa ada niat untuk memperbaiki diri sendiri.

Last but not least, bagi aku, rahmat yang paling besar dalam hidup yang di anugerah Allah SWT ialah aku seorang Islam.

1 comment:

Anonymous said...

ape2saje.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading ape2saje.blogspot.com every day.
online cash advance
loans