Saturday, October 11, 2008

Siri Asyik Naik

Aku masih ingat lagi, masa konvokesyen aku, aku tengok bebudak master mase amek skrol, nama diorang di sebut oleh announcer. Musti bangga mak bapak diorangkan. aku kabor kat kawan sebelah, kamis botak dan abe ad, "wei gang, mesti best kalau nama kita kena sebut kan masa naik pentas" "memang la best loi, tapi payah nak dapat tue...lagi plak kita kan extend, nak abis degree pun payah, apakan lagi nak amek master" ooohh, aku lupa lak, aku budak extend, kantoi satu paper pasal tak datang final exam, terlebih tidur (hehehehe). Tapi aku tekad gak, aku musti satu hari nanti naik pentas tu balik dan nama aku disebut.

Tu masa 8 tahun dulu. Aku dapat gak naik pentas tu sekali lagi, dan kali ni nama aku disebut, seperti yang aku mahu, siap gambo lagi! hehehehe..Kamis botak pun dah keje bagus, lagi bagus dari kengkawan yang grad awal. Abe Ad lak lagi hebat, gi oversea, gaji riban2.....budak extend tu...

Kali ni aku akan berjuang sekali lagi....aku nak naik pentas sekali lagi....tapi pentas tempat lain lak....doakan kejayaan saya ye...

No comments: