Saturday, November 14, 2009

Drama Berhantu setiap Jumaat

Nurrrrrkaasihhhhh......

chewah! lagu berhantu tu beb, kalau yang drive dari opis lewat, musti bawak laju. sanggup makan biskut dulu. TV3 pun sanggup lewatkan siaran langsung Muzik Muzik. Semua kerana drama yang paling simple tapi berhantu. Semuanya kerana Aidil, Aliya, Adam, Nur Amina dan Sara (aku kalau jumpe si sara nie, aku pijak - pijak perut dia, pastu simbah asid). semuanya kerana penangan Khabir Bhatia. Semuanya kerana Nur Kasih.

Aku pun sebenarnya tak layan langsung drama nie pada mulanya. dengar orang bercerite, tapi buat tak tau je la. Namun, berkat ramadhan yang mulia, sambil - sambil layan Cinta Sempurna di Astro, mak gua suggest tengok Nur Kasih. dia promote baiknye kat bini aku. Sekali aku datang, mak aku bukak drama tu, bini aku pun sudah naik syok, aku pun sangkut terus masa tu.

Tapi cite tu memang best. aku rase cite tu ada realistiknye. simple. tak payah ambik cerita jahat yang nyata lawan kebaikan. cerita pasal kekeluargaan sambil menyentuh hukum-hakam islam dalam senyap. cerita mengenai hati dan perasaan. cerita mengenai cinta dan kasih sayang, di mana kita dapat lihat, cinta yang berlandaskan nafsu hanya sementara namun jikalau cinta karena kecintaan kepada Allah SWT, insya-Allah, berkat dan dilindungi. drama nie betul - betul menyentuh, sesiapa sahaja. bagi aku, no words can describe. cuma, the best story ever.

Nurrrr Kasihhhhh....

No comments: