Friday, August 13, 2010

kalau Slash boleh, kenapa Metallica dan Iron Maiden tak boleh?

Kalau Slash dah bo0leh turun Malaysia, siap dicover oleh Utusan Malaysia, Aku dapat rasakan, Metallica dan Iron Maiden akan turun buat konsert di Malaysia tak lama lagi. Adam, buat keje ko!!!!

Tuesday, August 10, 2010

Start with A BANG!!! season 2010/2011

The Losers call it a CHARITY Shield. They trying to say, it's a charity.

We don't care. We don't care about the goal margin. What we care is our majestic display of outplay the Blues for the entire 90 minutes. Thats what we care. And, for all the title contenders and pretenders, The Red Devil has 11 first eleven on the field, 11 first eleven on the bench and very 6 talented player as substitution. figure that out.We're strong, mix of young and experience. And we're strong. be very afraid.

MANCHESTER UNITED 3 - PATHETIC CHELSKI 1.

Scorer:

Valencia (MU)
Salomon Kalou (Chs)
Javier Hernandez(MU)
Dimitar Berbatov (MU)

next game : Manchester United v Newcastle United.

Friday, August 06, 2010

Wednesday, August 04, 2010

infidels nie memang fucking bias. Human RIght Watch pun dah pandai tentang islam. They call muslim yang percaya Rasul SAW adalah nabi terakhir as orthodox and those yang Ahmadiyah sect as refreshing. Agaknya kalau kat Malaysia ni, yang percaya rasul melayu tu dipanggil liberal la kot? Ahmadiyah is blasphemy....HRW, shut up and sit back....turn your channel.

Tuesday, August 03, 2010

Syabu berjumlah rm25 juta dirampas, bersama sebuah kereta mewah cermin gelap dari orang asing - NST, 3 August 2010.
Beb, kat Nilai banyak foreigners pakai keta mewah tinted gelap, PDRM, apa cerita?

Wednesday, July 28, 2010

Apa beza kfc dengan Mcdonald? Kfc operate by malay, sebab tu lembap nak mampus! Pekerja melayu yg takde motivasi!!! Mcdobald operate by non-malay, run by aggressive new malay, and i never had to que so fucking long and slow at Mcdonald.

Sunday, July 25, 2010

Malaysian Tiger Fan = great = evolusi =revolusi

Malaysia 1 - Korea Selatan 0....hahahahaha...sape sangke? walaupun perlawana bawah 23 tahun, tapi ini Korea Selatan beb. Tapi aku syak, pasukan yang dihantar ialah pasukan tangkap muat je....pedulikkan! janji, Malaysia pun main bagus gak.

Tapi, itu atas padang. Tepi padang lagi menarik.Aku tertarik dengan kelibat penyokong muda generasi baru. generasi yang hanya mendengar nama Azizul Abu Hanifah, Thanasegar, arwah Borhan Abu Samah dan seangkatan mereka.......generasi EPL, Primera dan Bundesliga...kental memberi sokongan padu kepada pasukan Malaysia. Bukan generasi kecewa seperti generaso aku, yang menyaksikan zaman kegemilangan bolasepak Malaysia, ditumpaskan oleh gejala rasuah dan ketololan komiti FAM yang sudah Jurassic. Seronok beb, penyokong Malaysia sudah berevolusi, gaya sokongan yang mantap dan global. gaya anak muda, gaya indie (bak kata wartawan hiburan). Aku dapat rasakan, masa akan sampai, penyokong Malaysia akan melancarkan revolusi. Ada berani? sultan bola, tengku bola serta datuk2 bola sudah jurassic....go!!!!

Friday, July 23, 2010

Red Devils = Beruang

Sinar FM " tiada cadangan melarang pemakaian jersi Manchester United hanya kerana simbol setan merah...."

Ainul pandang aku...

Ainul : "Ayah, lambang kat jersey Mancester tu syaitan ke?"

Ayah : "Entah, Ainul rase ape tu?"

Ainul : pusing ke belakang, nak tengok gambar " Ainul rase itu gambar beruang la yah, bukan syaitan..."

hehehehehe....And the Reds go marching on.....


Thursday, July 22, 2010

Peminat Hotel Mania

anak gua, Ainul Mardhiah, peminat cite Hotel Mania. Tapi dia tak pernah berpeluang nak tengok, satu sebab aku and wife sebuk nak tengok leverage, skang leverage dah abis, dia boley tengok hotel mania, tapi, 5 minit pertama je...pas tue dafi and co yang tengok die....

Wednesday, July 21, 2010

Mampuihla bolasepak Malaysia.

orang dalam FAM memang bodoh. baca komen datuk ape ntah dari 'ganu. marah atas komen dari kay to the jay. aku bukan suka kay jay, tapi komen dia ada bernasnya. itupun diorang marah, bagi jawapan bodoh. mampuih la bolasepak malaysia. sekali lagi ade opening untuk setiausaha FAM, sekali lagi aku nak hantar CV. sekali ngan snap shot CM 1 sampai CM2010 aku hantar.

pagi hujan lebat.aku ade dua pilihan, naki kete atau naik motor. kalau naik kete, aku tak kena hujan, tak payah pakai baju hujan. tapi, ngadap jam dalam hujan....pergghhh, tak bley tahan bro, naik darah. Kalau naik motor, kena pakai baju hujan, kena hujan lagi, tapi tak de kesesakan.....
so, naik motor lagi bagus,,,ade freedoooommmmmm!!!!

Mana nak cari duit extra? Please no MLM.

aku dah lama sangat tak main golf........aku nak main golf balik. Mak, mana set saya?

Sunday, July 18, 2010

CM 2010 crash!!!

apsal Cm 2010 aku tak bley asyik crash je ni!!!

Spain menang world cup. pertama kali menang dan team ketiga menang Euro dan WC. hebat. harap jangan jadi macam peranchis selepas ni.

Selangor dalam rangka untuk mennjulang kejuaraab liga dua kali berturut2. Kepada Kedah, pii raahhh. kepada Kelantan, demo mimpi sokmo.

Minyak naik. aku tak kesah pun. tapi income naik ciput.camne? najib, make sure semua happy.

semester ke 6 dah, 3 semester to go. penat beb. tapi, cita-cita mesti dicapai.

berdoa semua akan pulih kembali. tapi, aku rase diorang tak nak aku. takpe, aku stay sampai semester habis. then, am gonna tell 'em, fuck off and die.

Sunday, July 04, 2010

Never write off the German

"Mueller : Power kami banyak nii.....korang ade?"

adeh..Argentina whacked by Ze German. seperti biasa, aku tak bley tidur, wife aku merajuk kena marah. Permainan Spain pun tak bley mengubat luka dihati. German deserved to win, but Argentina nampak tactically lost. hampeh. Never ever write off the German! Ingat tu!



Friday, July 02, 2010

US Open dan England Kalah

Lupe saya.

Tiger Woods tak menang US Open. Nombor 3, atas Lefty. Maintain no.1 dunia. Champion US Open 2010, Graeme McDowell of Wales. No.2, Le Havre of France. kalau tahun nie Ryder Cup, US kalah.

Yang paling best, paling kiamat, England KALAH kepada GERMAN di PUSINGAN KEDUA PIALA DUNIA. England DIBELASAH German dengan 4-1. Padan muka. hampeh.

itu saja.

England dan Aku 2

Semasa berumur 12 tahun, iaitu tahun dimana Jerman Barat menewaskan Argentina di akhir Italia 90 seterusnya menjulang Piala Dunia ketiga mereka, aku telah dipilih untuk menyertai latihan pusat bolasepak untuk bawah 12 tahun Selangor. Oh ya, aku merupakan permain pertahanan terhebat di sekolah rendah Bandar Baru Bangi dan Daerah Hulu Langat. Pantas dan kental, seperti Juergen Kohler. Tiada siapa dapat melepasi kekangan aku. Tanyalah Zia Agi, adik Gibran Agi. Tanyalah Nazran anak Datuk (penyerang terhebat daerah hulu langat). Ya, aku menjalani latihan pusat di Rawang, tapi kali ini aku dicuba untuk bermain sebagai pertahanan kiri, bukan sebagai pertahanan tengah seperti biasa. Jurulatih Selangor bawah 12 tahun, Cikgu Nordin memberitahu aku bahawa kelebihan untuk membuat "overlapping" dan turun semula dengan pantas seumpama Andreas Brehme ( masa itu Roberto Carlos masih main bola kat belakang rumah mak dia). Namun, takdir penentu segala. Ibubapa aku datang, untuk mengambil aku pulang. Bapak aku kata, aku dipanggil untuk mewakili Selangor dalam acara lompat tinggi pula untuk ke kejohanan olahraga MSSM di Kuantan, Pahang. Oh, aku bukan sahaja hebat di padang bola, aku juga hebat sebagai juara lompat tinggi daerah Hulu Langat dan Selangor. Hebat bukan? Olehyang demikian, aku telah memilih untuk memilih untuk mewakili Selangor dalam olahraga. Takpelah, wakil Selangor juga bukan?itu cerita lain.



Berbalik kepada bola, 1991, aku masuk sekolah projek sukan Shah Alam dalam bahagian olahraga. Sekolah sukan antara yang terawal di Malaysia. Kira Kerajaan Negeri Selangor nak bentuk pasukan yang mantap la. Semua jenis sukan ada. Bolasepak, Olahraga, Takraw, Bola Jaring dan Hoki. Tapi, padang cam babi, padang batu kerikil beb...rumput tompok2. Patutla masa 90an, pasukan Selangor bawah 14, 16 dan 18 hebat-hebat, padang cam lahanat!! Aku suspek team yang tewaskan Selangor mesti lagi lahanat padang bolasepak dia. Padang Hoki pun takde, tapi champion gak hoki selangor. Dewan lagila....tak wujud? Tapi Team takraw hebat juge....trek olahraga? lagila takde....namun, dari 11 orang atlit olahraga, 8 terpilih sampai ke peringkat MSSM. memang bebudak yang masuk tu, berbakatla...



OOhhh...balik kepada bola England. Ya, disekolah ini aku bercampur dengan bebudak bola. semua paling cikai wakil Selangor beb, takat wakil Malaysia pun bersepah.....tapi masuk Liga Malaysia, hampeh!!! yang tak lepas pun ade....kekekekeke..... tapi yang bestnye, sini tengok bola, tengok bola beb. Analisis dari orang yang hebat-hebat. Sokong Selangor, wajib. masa tu Stadium Shah Alam tengah buat, so, dengar radio jela. Bayangakan, akhir Piala FA, Selangor v Perak, Bila Selangor gol je, bergegar asrama tu!! Siap lari bawak bendera lagi...hahahahahaha!!



Namun begitu, individu yang paling aku tak dapat lupe ialah Ahmad Shuib aka Takok. Dialah orang yang memperkenalkan Manchester United kepada aku. dia bercerita tentang Manchester United kepada aku, sehingga aku menjadi pengikut setia Setan Merah, sehingga kini dan selamanya......bersambung.

Wednesday, June 30, 2010

England dan Aku 1

"Aku bukan Fan England."

Aku mula mengenali EPL semasa umur aku 7 tahun. Masa itu yang ada di TV hanyalah perlawanan akhir Piala FA di Wembley dengan lagu temanya yang paling popular abad ini. Pasukan yang aku kenal ada dua je, Liverpool si Merah dan Everton si Biru, kerana kedua-duanya beraksi di akhir piala FA masa itu. Pemain yang diminati? tentulah Kenny Dalglish (sekarang Sir), John Barnes, Ian Rush dan Peter Beardsley. Saat yang aku sedih ialah masa Liverpool tewas kepada Crystal Palace di separuh akhir piala FA dan tewas kepada Wimbledon (ada the crazy gang; Vinnie Jones, Dennis Wise si ketot, Ian Wright etc). Mana ada EPL masa tu, cuma Divisyen Satu. Yang hebat ialah Arsenal (George Graham) dan Liverpool skali lagi. Best beb, masa Spurs (zaman gazza) lawan Arsenal (masa Alan Smith) main, aku sokong Spurs sebab ada Gazza (aku memang tak bley minat Arsengal, tak tau apsal). Masa tu tak kenal langsung Man United (umur aku 7-11 tahun). tapi, sokong England? tidak sama sekali. Zaman itu ialah zaman West Gemany, zaman Lotthar Matthaeus, Juergen Klinsmann, Bodo Illgner....West German kuat beb!!! selamba kitai England yang ada Gazza kat semi-final (Italia 90) dan menang seterusnya menang Piala Dunia.....

sambung.......

Wednesday, June 23, 2010

Thundercats!!!


Thunder, Thunder, Thundercats!!HOOOOOO!!!!


Thundercats are on the move,

Thundercats are loose,

Feel the magic,

Hear the roars,

Thundercats are loose!!!


Yeah!!!
tiba-tiba gua rase gua nak ade cakar singa kat tangan kanan gua nih!!!


TOL diturunkan, boleh?

Peranchis tewas kepada South Africa dan dengan itu terkeluar dari Piala Dunia 2010 dengan hanya menjaringkan satu gol sahaja hasil jaringan Malouda yang hanya bermain simpanan. Seriusnya, Raymond Domenech sangat bodoh. Thierry Henry memang benar tidak begitu menonjol musim ini bersama Barcelona, namun pengalamannya amatlah ditagih semasa Piala Dunia. Namun, Raymond memilih untuk meletakkan beliau di bangku simpanan. Kenapa? Aku pun tak faham. Namun begitu, kesalahan sepatutnya diletak ke atas FFF. Kenapa, persoalannya kenapa, Raymond masih menjadi jurulatih selepas persembahan yang tidak konsisten di Kejohanan Eropah dan kelayakan Piala Dunia? Benar kata orang Inggeris, orang Peranchis ni pelik.....


Argentina dengan bergaya layak ke pusingan kedua diiringi oleh Korea Selatan. tahniah!!!


England? aha, sebelum piala Dunia, Fabio Capello, dikatakan oleh para pemain skuad Piala Dunia, adalah jurulatih terbaik England. Sekarang, bila mereka gagal berfungsi seperti yang dikehendaki oleh Don Capello, menyalahkan cara diktator Don Capello. Coward!!! Mampukan mereka melepasi pusingan kumpulan?


Tol di Second link diturunkan sebanyak 30 peratus. Boleh diturunkan? oleh PLUS? sekarang, bolehkah tol di konsesi lain diturunkan? kalau boleh, baguslah. Kalau tidak, kenapa? sebab yang menggunakannya rakyat Malaysia, bukan Singapura? Dikatakan, rakyat didahulukan, rakyat yang mana?




hampeh.....

*photo from Goal.com

Tuesday, June 22, 2010

Spain kembali, Argentina ganas lagi

and Spain is just so good over Honduras.

Porugal route North korea 7-0, Ronaldo even score a goal and smile.

Letih siut......

Friday, June 18, 2010

Swiss actuall is much better than Spain.

Dalam kita berbicara mengenai kekalahan Spain kepada Swiss, kita berbicara betapa hampehnya pemain Spain dan tactically they are failed, kita lupa kepada Swiss.

Semasa kita berkata, " Apa sangat Swiss, ini Spain la, Juara Eropah, Brazil Eropah, Brazil Baru....blablablla..." kita lupe satu perkara.

Semasa kita letak betting RM2 atas Swiss dengan alasan kita suka underdog, kita terlupa satu perkara yang amat hebat ada pada Swiss, tapi tiada pada Spain.

Swiss ada Ottmar Hitzfeld.

Siapa Ottmar Hetzfeld?
kepada peminat Man United, mereka pasti kenal lelaki ini. Muka keras, takde perasaan. Pengurus pasukan the great Bavarian, Bayern Munchen 1999. Kelab yang ditumpaskan gara-gara gol Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solksjaer pada minit-minit akhir permainan. Namun, begitu, secara taktikal, Manchester United gagal berfungsi selama 88 minit akibat kehebatan taktik oleh Ottmar Hitzfeld. Lelaki hebat ini berjaya juga memenangi 2 kejuaraan Champions League bersama Bayern Munchen (tumpaskan Valencia di Final) dan Borussia Dortmund (tumpaskan Juventus di final, masih ingat kepada Andreas Moeller dan Matthias Sammer si rambut perang?), hebat bukan?

tak puas hati? sila lihat dibawah :





OTTMAR HITZFELD - THE TROPHIES
2 Champions League
2 Intercontinental Cup
7 Bundesliga
3 DFB-Pokal
2 Swiss League
3 Swiss Cup

Apa sangat nak dibanding dengan Vicente Del Bosque......(maaf, dia hebat juga, tapi masa tu team dia adalah galacticos yang awal)

Jelas disini bahawa, Ottmar Hitzfeld lebih baik daripada Vicente del Bosque.

Dan Spain adalah amat over confidence...padan muka.


details here.

Thursday, June 17, 2010

Trilogi Budak Setan

Lagenda Budak Setan....

aku mengaku, aku baca buku-buku Ahadiat Akasyah. Yang paling menarik, Budak Setan 1 dan 2, dan diikuti dengan penamat siri buku ini, Lagenda Budak Setan. Memang legend. Tragis dan romantis, menghiris kalbu. Cerita seorang lelaki, Kasyah yang menunggu cinta dari seorang gadis yang paling dicintai, Ayu. Mereka bertemu di sekolah, di zaman remaja, di zaman Kasyah adalah budak setan. Namun bagi Ayu, Kasyah adalah yang terbaik, tiada kepuraan. Detik hati Ayu memang benar, malahan Kasyah adalah sang penunggu yang setia, si hantu yang menghormati dan menyayangi wanita yang bernama Ayu. Namun, seperti Romeo dan Juliet, cerita cinta yang tulus ini di bayangi dengan kisah tragis, yang penuh duri dan pancaroba. cinta yang diuji dengan berbagai - bagai ujian. Walaupun hati Ayu hanya untuk Kasyah dan setia Kasyah hanya untuk Ayu, namun, akibat ketamakan ibu Ayu dan nafsu Azmi si syaitan sebenar, mereka gagal bersatu. akibatnya, Ayu hilang rupa dan ingatan disiksa oleh Azmi dan ibunya sendiri (yang akhirnya sedar walaupun dah terlambat), manakala Kasyah hilang keinginan untuk berpacaran lagi. Ini dalam Budak Setan 1 dan 2.

Dalam Lagenda Budak Setan, Muncul Katerina, bos tempat dimana Kasyah bertugas sebagai copywriter. Kekosongan jiwa Kasyah cuba diisi oleh Katerina. Usahanya hampir berjaya, namun menemui kegagalan apabila Ayu muncul kembali dalam hidup Kasyah. Selama ini, Kasyah memang mencari-cari kekasih hatinya Ayu, bukan untuk merampas dari Azmi, tapi untuk memerhatikan dari jauh dan memastikan Ayu hidup dengan gembira. Namun, pertemuan dengan ibu Ayu, membongkar segala-galanya. Kasyah, hati seorang lelaki sedih mendengar penderitaan yang dilalui Ayu. Ayu bukan lagi ayu yang dulu......hilang ingatan dan berubah wajah..hilang ingatan kerana tidak tertahan dengan siksaan Azmi durjana....berubah muka kerana cuba menghilangkan identitinya. Ayu tidak kenal lagi Kasyah, namun kekuatan cinta mereka membolehkan Ayu cuba mengingati wajah Kasyah, wajah yang pada Ayu merupakan seseorang yang disayanginya pada suatu masa dulu. Betapa setia Kasyah untuk menerima Ayu seadanya. Betapa setianya Kasyah untuk memberi kebahagiaan yang patut diterima Ayu. Setelah menempuhi onak ranjau, akhirnya mereka dapat disatukan. kesatuan mereka juga telah menghasilkan zuriat, lambang cinta sejati mereka. Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.......Ayu disahkan menghidap penyakit yang membawa maut. Sebelum dia meninggal, dia mengucapkan terima kasih kepada Kasyah yang telah memberikan dia cinta dan kebahagiaan yang sepatutnya mereka terima bersama (part ni sedey beb). Akhirnya, dia mengingati Kasyah adalah kekasih yang paling dicintainya..........
Semenjak pemergian Ayu, kasyah menjaga anak mereka. Katerina telah lama mengundurkan diri, demi kebahagiaan Ayu dan Kasyah.......suatu hari, semasa Kasyah membawa anaknya berjalan dalam LRT, kedengaran suara menegur.....Katerina.

Sebenarnye, cerita ni, bagi aku, berkisar kepada kesetiaan sang lelaki, Kasyah. Sejahat mana dia skali pun, tumbang dalam kelembutan sang wanita yang bernama Ayu.....

Kalau tak silap aku, Katerina sanggup menjadi ibu kepada anak Kasyah ngan Ayu, mereka akhirnya bersama...

Baca buku ni memang sedap....paling tragis baca trilogy terakhir...Lagenda Budak Setan.

bacalah....

Movie, konfirm tak best. skali je cite mana cukup. pengarah ngan penerbit bangang. patut, buat trilogy gak le...cam LOTR, confirm best...baru orang dapat dalami cinta Ayu dan kesetiaan Kasyah. Betul beb.....

Entri ni wa jiwang....