Monday, June 25, 2007

Henry gone.....

walau...i oledi read the 13th May: declassified....mula2 berat gak nak beli kan, tapi kena fairla, kena tgk dari 2 sudut cerita nie.... so aku blm abis baca lagi, tak bley bagi komen la kan....abis nanti, aku bley komen...

and finally, the truth prevail...Thierry Henry defected to Barcelona....wakakakaka....but I think, it's time for him to go la....it's good for him and also for Arsenal..at least he can finally find a team genuinely ahve the chance to win the Champions League....and Arsenal can build new and fresh team la.....

hehehehe....until then..

Di mana kan ku cari ganti,
Seperti si Henry..... hehehehehe

Tuesday, June 19, 2007

Life....

Dah lame tak menulis.....actually I'm married to my beautiful wife.....hehehehe...tu yang busy tak ingat tu...

Macam2 berlaku...

1. Man Utd won the title....glory2 Man Utd!!!
2. Real Madrid win the Primera
3. Inter won the Serie A
4. AC Milan grab the Champions LEague from Liver'fool'
5. Man Utd oledi bought 3 players - Nani, Anderson and Hargreaves
6. Pok Lah kahwin lagi (dasat gak taste org tue nie....tak pakai tudung lagi...)
7. Adik aku kahwin gak
8. Angel Cabrera won the US Open, Tiger no.2 lagi, kongsi ngan Furyk
9. Mickelson tukar coach, from Rick Smith to Butch Harmon (agaknye dia nak pukul jauh2 cam tiger mude2 dulu kot...putting tu repair dulu woiii...pastu mental kasi kuat...jgn jadi cam US open 2006..dah lead cantek...bley lak nak hentak kai driver..kan dah kalah!!!)
10. Lepas kenduri aku, aku main kat bangi, dapat 4 par berturut2
11. Aku dah lame tak main golf
12.Sekarang aku dah ade kampung, kampung bini
13. Hamas gaduh ngan Fatah laknat, Israel gak yang menang, bila kerajaan campuran palestin dibubar, Abbas yang cibai melantik orang fatah jadi PM, dgn pantas kawan2 dia dari israel dan US bagi bantuan....demokrasi kepala bapak la fatah!!!!
14. Rupenye Smart tunnel tak siap lagi, rakyat malaysia kena tipu2 hidup2, Allah tunjuk ngan banjir kat KL
15. Perbicaraan Altatunya dah start, heads will roll!!!
16.Aku main boling ngan isteri aku, siap isteri aku tergamam tgk aku buat bola spinning ( abang tak sengaja yang oiii...!! :) )
17. Anak aku bersukan bawak bola ping pong dalam sudu dan berjaya dapat tempat pingat gangsa
18. Aku dah tau kek mana Tasik Titiwangsa, dah naik Eyes On Malaysia (what a waste!! Kalau kerajaan pakai duit aku nak bayor, aku haramkan!!)
19. Aku dah pandai shopping kek giant and carrefour.
20. Aku dah pergi KLCC, eleh, celah gigi je skang!!!

hehehehehehe.......life goes on.....

Tuesday, March 13, 2007

"Tengku" yang menipu dan ditipu =)

Menurut kata "tengku" adnan, the re-conditioned minister, most bloggers are jobless women yang suke menipu. Kekekekeke, ade kebenarannye gak, tapi bagi aku, tapi kenapa kata wanita je? Kenapa tak kata lelaki terlibat sekali? Kenapa kata kebanyakan? "Tengku" ada periksa ke? dan soalan yang paling best sekali ialah:

SIAPA YANG MENIPU? WOMAN BLOGGERS OR "TENGKU"?
Pepatah melayu ade mengata kan :
" Mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih"
" Mengata dulang, paku kuat, mengata orang dia buat"
"mengata dulang, paku lohong, mengata orang, "tengku" la bohong"!!!

Thursday, March 08, 2007


"Beat The Bastards"

Slaves to the system there's no way out

Slaves to the system do you have a shout

You've got to beat the bastards and beat 'em now

Sick of policies putting me down

Beat the bastards, beat them now

Beat the bastards, beat them now

Beat the bastards, beat them now

Just out of school don't have a clue

No income support for you

Can't get a job don't get a chance

Sick of politics leaving you out


Beat the bastards,

beat them now

Beat the bastards,

beat them now

Beat the bastards,

beat them now


Money, money power and strength

Teenage kids with not to spend

Hungry homeless who gives a shit

Sick of policies leaving me out


Beat the bastards, beat them now

Beat the bastards, beat them now

Beat the bastards,

beat them now

You've got to beat the bastards,

beat the bastards,Beat the bastards,

you've got to beat the bastards,

Beat the bastards,

you've got to beat the bastards,

You've got to beat the bastards,

You've got to beat the bastards,

beat the bastards


Slaves to the system there's no way out

Slaves to the system do you have a shout

You've got to beat the bastards and beat 'em now

Sick of policies leaving you out


Beat the bastards, beat them now

Beat the bastards, beat them now

Beat the bastards, beat them now

Sunday, February 18, 2007

Engaged

It was a long journey to Semerah. We started our journey at 9 am, me, dad n mom. Even though it is the 1st day of CNY, still the highway to Tangkak busy with a lot of car toward south. Damn, but no jam....

hehehehe...to make it short, today I'm engaged to my sweet baby.....one more step la......

I can hear the wedding bell's ringing.....

Saturday, February 17, 2007

Nasihat dari orang yang tak beberapa baik

Aku baca harakah pasal mualaf. Bila cerita pasal nualaf, aku kesian gak ngan diorang, bila convert to islam, dahlah kuarga asal buang diorang, saudara sesama islam yang berbangsa Melayu pun nak tak nak je terima diorang. Tu yang kekadang aku bengang gak ngan orang Melayu islam nie, cerita meletup2 pasal agama, berdakwah tak ingat, tapi bila ada saudara baru, buek bodoh je, termasukla aku. Aku teringat kat sorang kawan aku, budak sabah, convert to islam, bangsa kadazan. baguslah, harapkan aku, boleyla bimbing sikit2, aku try je la, tapi tula pengetahuan cetek, apa yang aku tahu, aku ajar la sket2....tapi yang tak bestnye, bebudak yang pakai kopiah, aku gelar gang surau, boley lak diorang buek donno je, ajakla sket2, gi solat ke, ajar fardhu kifayah ke....ni tadak, sebab mamat sabah nie gang aku....apada....aku memang dari dulu anti ngan gang surau nie, cite tak kalah, khutbah tak ingat, tapi bila bab awek, diorang no.1, siap kantoi berdua2an dalam kelas lagi, kalau boley, semua awek tudung diorang nak rembat, pasai depa ingat orang cam aku tak layak kot...awek tudung pun sama gak, pilih bulu, gang usrah diorang je jaga, budak lain sket, mula dakwah, laser lak tu..lagi la bebudak tu anti...bila dah jadi benda bukan2, konon2 prihatin la...podahhhh!!!

Sori arr...aku bukan sealiran ngan sister in islam, tapi kekadang tu diorang ni jumud sangat....cubala ikut aliran zaman sket....diiorang nila punca2 orang pandang islam ketinggalan zaman, Islam tak, diorang je ketinggalan zaman. Duduk sesama diorang je, tak reti nak bercampur, tak reti nak bersosial. Bukan suruh pergi disko pun, bukan suruh minum arak pun, suruh bercampur ngan orang, jangan menyombong tak tentu hala, Tuan Guru pun okay je pergi kenduri Datuk Zaid Ibrahim, tak de masalah pun? Pastu bila tak dapat keje, mula la salah kan kerajaan, yolah, kerajaan bodolah ni pun memang lembap, tapi takkan nak berharap je? Allah SWT suruh berusaha dan berdoa, bukan berdoa sahaja....tak pernah la nak tengok kelemahan diri sendiri, pandai ke aku bercampur ngan orang, bolehke aku bercakap depan orang, bolehke aku bercakap dalam bahasa inggeris, market kan diri tue, tambah ilmu baik yang lain....

So, jadi la umat Islam yang berjaya, yang tawadduk, yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Bagi aku, walaupun kita dilahir sebagai Islam, kita mesti berusaha mencari Allah, maksud aku mesti sentiasa untuk memperbaiki diri. Jangan pressure diri untuk terus baik kalau tak mampu, perlahan2, kita bukan maksum, kita manusia, sentiasa melakukan kesalahan dan Allah bagi peluang kat kita untuk bertaubat selagi kita tidak murtad. Yang penting sentiasa berusaha untuk baik. Jaga Rukun yang lima dan enam. Ingat, sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, dan insya-Allah, Allah SWT akan membantu kita. Sekali lagi, ingat, sentiasa ada niat untuk memperbaiki diri sendiri.

Last but not least, bagi aku, rahmat yang paling besar dalam hidup yang di anugerah Allah SWT ialah aku seorang Islam.

Thursday, February 15, 2007

Ngarut teddy bear

part ganas
What the f**k with this 'what women want' reality tv shows? How the hell this type of show ade kat tv malaysia? Buat malu kaum lelaki je, nampak sangat nak show-off....oi! what type of woman u want la? for me, they are the depserate type, require tv show to promote 'emselves, faggot!

part jiwang
Well, my sweet baby arrange a small birthday party for me....kekekeke...nasib baik tak kena marah....tapi aku pun susah gak nak marah buah hati aku ni, maklumla, sayang. Adaka dia kata dia stranded, aku pun cemasla, abih driver along the hiway tu kena sumpah seranah aku.....awakakaka, sampai2 rupenye ade birthday party aku, puhhh!! lega aku....
Thanks sayang....

Bila nak main golf daaa.....4 Mac ok ke arr?

Selangor kalah lagi, Man Utd terus lead the pack of hungry wolf...

Guitar tak jadi beli, not my priority at the moment..
Driver baru pun payah kot...beg mungkin dapat beli.

Life goes on.....the wedding bell's ringing, I can hear it from here....omak!!den nak kahwin!!!

Friday, February 09, 2007

Dengan perempuan....


Janganla sekali-kali marah ngan pompuan sampai mencarut, don't ever call her bitch, kalau marah, keluarkan kata2 terkawal, jangan mengungkit, jangan ingat kita kawan, boyfirend atau husband, kite bley buat sesuka hati......jangan kacau tunang orang, jangan kacau bini orang, kalau boley elakkan kacau girlfren orang lain, tak baik la bro....aku kalau bley taknak la gaduh pasal pompuan, tapi kalu dah lebey, aku tak peduli, jangan sampai orang kata kite bodoh.....pompuan nie, takyah suara tinggi2, kalau marah cakap dengan lembut, dia akan paham...malah lebey terusik hati die...ini peringatan daripada aku kepada aku dan orang lain....


Thursday, February 01, 2007

New Year, New Agenda

Dah sebulan Tahun 2007 masuk, banjir kat johor pun masih tak beransur lagi.....Man Utd terus lead the pack, politik malaysia terus panassss....aku? hehehehehe....new agenda shock and awe!!!

Well, banjir di Johor telah membuka mata aku dengan lebih luas tentang kelemahan, kedengkelan, keangkuhan, kebodohan pemimpin politik yang memerintah. Menurut yang aku belajar, dari pengakap, dari bapak aku, dari filem askar yang aku tonton, filem 'barat' yang aku lihat, buku sirah dan sejarah yang aku baca, seorang ketua akan sentiasa bersama dengan anak pimpinannye tatkala senang ataupun susah. Bila senang, ketua akan dapat paling last sekali, bila sussah, ketua akan dapat paling teruk skali. Tapi, di bumi ini, bila rakyat susah, ketuanya mampu untuk pergi makan nasi kandar di Australia (damn!! it's not an official!!), balik hanya lambai2 tangan, mangkuk punye ketua, pergila bilik gerakan, cek la anak buah buek apo, bodoh!!!!!

Rakyat sekaran semakin susah, barang makin naik, saman tak hingat, tol naik, gaji gak tak naik2. Elaun aku pun kerajaan nak tax, lahanat!!! Dah tau takde duit, takyah lah buat monsoon cup lah, tak yah lah buat eyes of malaysia lah, KL tower tue buek apo Lah? buek bodoh? Tuan betul ke golfer? ataupun pretend to be a golfer? I don'n think you don't even know the philosophy of golf Lah....

Bola Malaysia camtue gak, layak semi pun nasib2, katonye tak po, kepala bapak korang!!! Main cam lahanat, basic football pun takdo, coach tactic penakut, bawak 21 orang, yang main 14 orang, dah tau fauzi nan tu lubuk, masuk la orang tinggi sket, mangkuk punye norizan!!

Nasib baik Man Utd masih lead EPL, itupun defend dah mula goyang, isk, risau aku.

Tapi yang bestnye, kalau takde aral melintang, den nak buek masjid jung tahun nie...hehehehehe...den pun terkojoit gak....cito punye cito, kawan punyo kawan, last2 melekat...kekekekeke..den doa supayo selamat samapi ke anak cucu...kekekekekeke..omak!!! den nak kawin ngan milah!!!!!

Monday, December 25, 2006

TDM, Warlock and Christmas

From my point of view:

TDM bekerja untuk menaikkan nama negara, bekerja untuk memajukan dan menyedarkan orang melayu secara khusus dan orang islam secara amnya. Semua orang kenal TDM, tapi ramai yang tak suka.

Pak Lah bekerja untuk menaikkan nama sendiri dan keluarganya, menuturkan berbagai kata2 dan janji manis untuk orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Dia ingat dia popular (islamic la katakan...), tapi tak dengar apa rakyat kata dibelakangnya.

Azam tahun baru:

1) Mendapatkan BC RICH WARLOCK SIGNATURE SERIES. Kalau BC RICH BEAST yang diperolehi, much better.

2) Menamatkan pengajian

3) Meningkatkan permainan golf, so by the end of year I can play on 16 handicap

Christmas tiba.....my favourite song on christmas eve is Silent Night. Tapi ade part yang tak beberapa selesa untuk disebut, kirenye macam nak menyanyi lagu DEICIDE yangbertajuk Once Upon A Cross laaa.....but still Silent Night is my favourite song. But I'm still a muslim. Jangan la plak jadi cam artis melayu kite yang terlebey2 celebrate christmas, dia plak yang pakai baju santarina dan sebok nyanyi lagu jingle bell. To my christian friend, please understand our position.

So, countdown to new year....

Wednesday, December 06, 2006

Sukan Asia and Kelantan dress code

Semalam aku tengok pemain bolasepak negara mane ek? depa pakai tudung main la....tapi takdela Suratkhabar kite dok highlight, takde la tv dok fokus..... I wonder....

Rexy Mainaky, the legendary double specialist and also Malaysia double coach blew his top. He is so dissappointed with the Malaysian players who didn't show the fighting spirit, and I with him all the way, I agree with him.

Kelantan imposed new rule on dress code. and as usual, malay muslimin led the voice of againts the rule. what a shame. TG Nik Aziz, quote " Women who wear skimpy dress does not respect herself, how does she expect man to respect her?" I am 200% agree with you Tuan Guru. how dare they questioning God's rule? Women are so confused, pity on them.....they have all the protection they want in islam yet they choose to ignore it in the name of freedom. What type of freedom?

Tuesday, December 05, 2006

Sukan Asia

Malay + Cina + India = Malaysia

3 ni sama saje perangai....

Semalam aku tengok badminton, ampeh....kalah ngan korea...apada menggelabah semua player...caitt!!

Thursday, November 30, 2006

BIAR BETUL KORANG!!!

Aku ade bace, aku ade terdengar yang program menghantar angkasawan menggunakan space shuttle Russia akan melibatkan permainan batu seremban, lukis batik dan buat teh tarik. Betul ke? Kalau betul, ini aku tujukan kepada mereka yang terlibat...


KEPALA HOTAK KORANG NAK BUANG DUIT RAKYAT!!!!!
Ape la korang nak buang duit camtu je, kalau antar tu untuk buat kajian untuk memaju dan memakmurkan rakyat Malaysia takpela gak, takat nak promote permainan tradisi, buat je kat bilik anti-graviti kat NASA tue....
Apela Benak sangat orang2 kat atas tue...kalau ye pun nak menjilat bontot jangan buat depan rakyat, muntah nanti!!!
NI satu lagi pasal Rufaqa nie....JAIS nie bior bebenor mengatakan ajaran diorang sesat, sesat dari ape? dari islam hadhari? Jangan pakai cakap je, buktikan, korang ingat Islam ni cam belajor kat KBSM tu ke? Aku bukan pengikut Arqam dan dulu pun marah gak ngan Arqam nie, tapi diorang sembahyang, ajak orang pada kebaikan, ingat Tuhan, ingat Rasul SAW. takde pegi disko, akde minum arak. Apa salahnye kalau nak pantau tu senyap je, muzakarah ngan Abuya, tanye betul2. Aku rase sebab bisnes diorang naik, tu yang ade yang mencucuk tue...dari sibok kejar rufaqa, baik kejar orang yang derhaka terang2 ngan ajaran Islam, depan mata kan banyak!!! KAlau fitnah korang tabur ke atas Rufaqa, aku takkan maafkan korang dunia akhirat kerana korang memperbodohkan aku dengan percaya bahawa Arqam itu salah!!!!! Menganiaya orang yang mengajar kepada kebaikan!!! Sampai tahap nak samakan dengan ajaran KRISTIAN, MEMANG KURANG AJAR!!! Kalau Rufaqa tak bersalah, korang tunggu je la Azab Allah SAW!!!!! Kalau korang (JAIS) betul, takyah nak takut ape2!!

Sunday, November 26, 2006

Heran ye....

Teater terhebat tahun nie telah berakhir, banyak pelakon telah dilahirkan sambil melahirkan puji-pujian kepada pengarah yang memberi mereka peluang. Tapi, seperti biasa, pelakon2 ini tidak boley pergi jauh....janji tinggal janji.

Aku bertemu kembali dengan rakan lama yang telah berkahwin. Janji temu perlu dibuat untuk bertemu bual sambil mengembalikan nostalgia silam. Malahan, kisah silam juga kembali menghubungi aku. Hairan ye....hehehehe. Nasib baik dia dah kahwin......

Battle Royale senyap seketika. Namun begitu soldadu2 yang ada dalam pertempuran ini yang bertempur sesama sendiri. Bala tentera ''A" menghentam dan membedil sorang soldadu "M" yang bertahan dalam kubu yang sangat kecil dan akhirnya soldadu tersebut terpaksa mengangkat bendera putih seketika untuk meredakan keadaan, bukan menyerah kalah.....

A man I salute and respect for all his succes and his humbleness said to me one morning, after reading a newspaper " orang arqam dan sewaktu dengannya boleh pulak JAIS kejar dan tangkap dengan alasan lari dari landasan agama, tapi orang islam yang terang2 berjudi, berdisko, minum arak tak mampu pula JAIS kejar dan tangkap.....iskiskisk..." Betul gak kate die nie.....benda yang terang2 depan mata tak boleh lak tangkap, heran ye?

Sekarang nie, orang duk sibuk pasal malaysian unity. Semua macam menunding jari kpd orang melayu ISLAM yg tamak, konon2 nak jadi taliban. Ya ke? Betui ka kami je yang salah? Yang paling sedih, orang melayu sendiri yang pergi kondem tue.....heran ye? Bak kata Datuk Sri Ng Keng Yaik, Orang Melayu kata mereka dipinggir, orang cina kata mereka ditindas, orang india kata mereka tak dapat ape2. Saya ade satu cadangan, why not semua rakyat malaysia diwajibkan Berbahasa Melayu dengan baik. Kata orang cina dan india, mereka Malaysia ini adalah tanah air mereka, jadi buktikan dengan boleh berbahasa melayu, tutup sekolah cina dan india, jangan risau, orang melayu tak de langsung keinginan untuk memaksa mereka masuk islam dan jadi melayu, kalau ade undang2 islam pun, itu hanya untuk orang islam saja. Baru lah orang melayu boleh tengok keikhlasan mereka. Ini duduk malaysia seumur hidup pun tak reti susun bahasa dgn elok, duk pertahankan bahasa ibunda masing2...belajar hormat sikit, jadila macam nenek moyang anda semua.

Kepada orang melayu islam, belajar hormat orang bukan islam, layan mereka dengan baik. Kena lindungi mereka. Tunjuk contoh yang baik. Ini, dia plak lebih minum dari orang kafir, dia plak lebih enjoy dari kafir, dia plak lebih barat dari orang barat. Camane depa nak respect kita? Dahlah tamak haloba (pd yg berkenaan), nak free je, tapi nak hidup mewah gile2. Nak mewah cam cina dan india. Mereka kaya sebab mereka berusaha, cara mereka la.Kita pun ade care kita gak, percaya pada Allah, kalau kita berusaha, ingat pada Dia, percaya pada qada' dan qadar, insya-Allah, orang melayu Islam mesti berjaya. Contoh sangat banyak dalam Sirah Nabawi, baca, jangan asyik duk bangga dengan Yahudi dan barat. Muhasabah diri kita semula....

Tuesday, November 07, 2006

Ganyang Malaysia!!!

If Bapak Suharto still alive, he will regret all his action and his word during the the Confrontation Era. No " Ganyang Malaysia!", No commando arrived, no TRI on our shore....why? Becos, if you look around, we, the malay of Malaysian already being 'jajah' / influenced by the Indonesian. Proved? Just switch on your radio, you will listen to Indonesian song. I have to ask my friend whether that's an indonesian artist or malaysian. help me, I'm confused....

Bukan nak jadi patriotik, tapi itulah realitinya. Malaysian are so arrogant that they think they are better than the Indonesian, ialah yang datang kerja sini kerja macai je....kita jadi tuan. Duit diorang kecik lak tu, kita ingat kita jadi tuan. Kita sibuk buat engine kete, diorang dah start buat engine kapal terbang. Kita ada Search n Wings, kita hantar diorang ke Indonesia, depa balas ngan SO7, Dewa, Gigi, Radja, Ungu, etc...terus kita lak yang tewas. Kita bangga ngan Datuk Siti n Datuk Sharifah Aini, diorang jawab ngan Hetty Koes Endang (my all time fav.), Melly Coleslaw, Irwansyah, dan ramai lagi sehingga artis Malaysia cari makan ngan kuar mangga dan gaduh tepi kolam renang. Kita bangga ngan Gol n Gincu, Sepet n Gubra n Isabella n Mira Edora n Sembilu 1 - 8, diorang antar AADC, mencari cinta 30 hari dan macam2 lagi yang dibarisi artis muda dan lebey jelita dari artis Malaysia. Actually, kalau nak diikut, apa yang original kat artis kita skang? Sofaz pun folllow genre yg dibawa dari seberang....Easy to say, they've more people, they're more creative, they work hard and strive to be the best, they have older civilization ( that's y Iranian is more civilized tham Yanks), they have more hunks and beautiful ladies. Tapi yang paling penting, bahasa diorang indah, they are damn proud of their language. Sebutan dan nahu diorang juga cantik. Artis Malaysia? hehehehe....I feel stupid if I speak Malay...bkan dia hina tapi tak pandai menyusun bahasa. Sebab itu lagu2 dari Indonesia enak didengar, susunan dan madah yang menarik dengan sebutan yang betul yang jelas. Sebenarnya, antara faktor yang menyebabkan lagu itu menjadi kegemaran ramai ialah sebutannya dan susunan bahasa (bagi aku la). So kalau artis malaysia tak paham falsafah seni (aku pun tak tahu...), tak nak belajar, hanyut dalam glamour, you're finished.....seriously.

Kasih....dengarkanlah, hatiku berkata,
Aku cinta pada mu saja,
Kasih, percayalah kepada diriku,
Hdiup mati ku hanya untuk mu.....

Sunday, November 05, 2006

Gilak kamu!!

Semalam aku drive ke Kerteh lagi, antor kete adik. Satria Neo. Since masih dalam pantang, performance tak clear lagi, tapi dari segi design luar aku bagi full ten over ten. Tapi interior out. Dinasihatkan siape yang memakai baju XL ke XXL, jangan beli NEO, tak selesa. Yang kecil molek okla.

As predicted, MAn Utd whipped the hell out of Portsmouth, 3 - 0. Pasai aku ngantuk sangat, aku tgk 20 minit pertama je, sedaq2 FC Barcelona vs Deportivo La Coruna, pukui 6 pagi.

Hari ini, Saddam Hussein dijatuhkan hukuman mati oleh tribunal antarabangsa. Hukuman yang paling cepat dalam sejarah antarabangsa, walaupun Slobodan Milosevic (only satan n zionist bless him) yang masuk mahkamah dulu, walaupun didapati bersalah cam Saddam, masih tak dijatuhi hukuman. Lepas nie, Ehud Olmertz and fellow Zionist PM and not to forget Bush pun confirm kena tangkap masuk tribunal. Kes yang sama cam Saddam. itupun kalu sempat, kalau nasib diorang tak baik, tanda terbesar akhir zaman tiba, habis diorang terutama si zionist olmertz tue. Depa ingat buat dinding tebal2 boley selamat, hehehehe, sebab depa dah tahu apa yang nak jadi, tu yg buek concrete wall tue.

Semalam, pok loh rasmikan SJER kat Johor. Mcm2 cerita aku dgr pasal manfaat yang bakal muncul dari pembinaan SJER. Tapi hati aku tak sedap la, 1st of all, Project Manager die cina, kalau cina zaman Mahathir dulu, aku memang percaya berkhidmat untuk negara (contoh byk bang). tapi zaman pok lah nie, depa ni boley dipercayai ke? Kalau orang melayu sendiri sanggup nak juai negara, inikan pulak cina zaman pok lah nie? Pastu aku dengaq banyak manfaat sebab ntuk Makmurkan Singapore. kalau Zaman TDM, LKY dah terduduk pasal SJER nie, silap2 apply citizenship malaysia...hehehehe. Tapi yang paling best, DYmahuMulia SUltan Johor sound suruh runtuhkan jambatan dan bina flyover baru untuk kapal boley lalu bwh jambatan baru tu. Dngn itu Johor akan lebey mantap. Aik? Bukan idea TDM ke? Tapi kalau hang pa paham mainan media: Mula jumpe Sultan Johor mintak sound TDM (itupun ntah betui ntah tidak, laknat lah reporter yang menipu tu.) La nie lak, bila Sultan sound cam tu, depa, kalau hangpa semua paham, nada dan gambaq yang dikeluarkan cam nak tunjuk Sultan cakap tak pakai otak. Depa nie memang kurang ajar!!! Yang best tue Syed Hamid Albar pun support!! Aik? dan selepas itu, media terus menggelapkan cerita, dan seperti biasa Pok Loh lari sambil mendiamkan diri. Risau aku....

Najib sound Malay Mail dalam TV3 pasai isu seks!! MEmang cibai tul editor skang nie. Aku pun tak tahu apa nak jadi Malay Mail skang nie. Dah mcm level Bacaria!! Dulu aku beli Malay Mai, byk gak cite yang betul. Tapi yang paling penting result European Cup cepat. Tapi la nie, kuar dah la awal, cerita mengarut. Pasai nak laku, letak gambaq bukan2.......apa nak jadi negara aku nie.

Friday, November 03, 2006

Mengarut minggu nie...

Aku bukanlah penyokong fanatik Khir Toyo, tapi kekadang tu aku setuju gak ngan cara dia handle sesuatu perkara (mungkin sebab aku ada darah Jawa kut...). So, bagi aku, tindakan Datuk Zakaria yg menempelak Khir Toyo in Public Paper tu buek aku mendidih. Tak sedor diri punye pendatang, dahla asal Melaka, cari makan kat S'gor, bulih lak buek kurang ajar ngan Sultan Sgor ngan MB aku yg pure Sgor!!! Nampak sgt die nak jatuhan Khir Toyo bile die enggan menerima cadangan MB utk letak jawatan, tapi menerima usul Pak Dolah. Apala kurang ajarnye. Betul kata mak bapak aku, orang yang berpelajaran tinggi lebih baik pemikirannya dari orang yg berpelajaran rendah, walaupun org belajor tak tinggi tu kaye raye.
Minggu depan nak exam la plak....alatoi, baru bace 2 bab la....
Aku kena revise balik commitment aku pada company da....
PErgi karaoke pun ok gak eh? hehehehe....
Malaysia tewas ngan Saudi 2-0 sekali gus menutup peluang utk layak ke pusingan ke2 Bwh 20 thn Asia di Bangalore, India. Seperti biasa, media dan org ramai mula menyerang dan biasala, pemain yang salah. Pemain saje ke? K. Rajagopal pun salah gak? Bagaimana ngan pucuk pimpinan FAM? Sonyap jo......menyuruk kot?Peranchis pun pernah out pusingan pertama walaupun bergelar Juara bertahan, inikan pulak Malaysia yang agak baru layak ke kejohanan yang agak besar. Aku pun tak tahu apa jadi ngan bolsaepak Malaysia, I'm at Lost....
Manchester United kalah ngan FC Conpehagen, so? its good for the team, at least they keep their feet on the ground, realising that anything happen in football, so they'll give 100% commitment in every game. Watch out Chelsea!!! I see a glimpse of Man Utd of the 90s, era of King Cantona, Brucey, Pally, Paul Parker, Kanchelski and Keano, an era everything we touch turn into gold.....Glory, Glory Manchester United and the Red Devils keep marching on.....

Tuesday, October 31, 2006

Cuba Mawi fikir2 kan?

Tgh gari tadi keluar berite di The Malay Mail 'baru' (RIP the real Malay Mail), Mawi is having affair with two girls, an artist and a student...(hebat mawi nie...), Evening news lak cerita Mawi World, yang mawi merupakan salah sorang share holder di saman kerana melanggar hak cipta (aku pun tak ingat apsal)....apa nak jadi Mawi nie?

Sebelum tue aku declare aku bukan mawi fan, n he's the reason AF gone sour at season AF4, but lately, orang keliling dah mula nak serang si Mawi nie gila2, aku pun naik pelik gak, simpati pun ade, maklum la, Mawi ni asal kampung, melayu lak tu, tu yang simpati tu....dan aku rase ade beberapa sebab:

  1. Nak popular kan Mawi balik. Kire kerja PR Mawi la nie....and they're doing it without Mawi consent. Their ultimate goal is for Mawi to stay as popular as ever, more than the AF4 champion, Faisal. Depa buat la mcm2, asal cite mawi teruih kuar dalam paper, front page.
  2. Kerja Putera Umno lah AGAKNYE, ialah, depa ajak masuk, Mawi takmo terlibat ngan politik UMNO, tapi TG Nik Aziz jemput, datanglak die. Kira Putera Umno sakit hati la sampai takde sape nak ambik jadi role model. Tu yang ambik Mat Rempit jadi ahli tue...
  3. Kerja rakan artis lain - si Mawi nie pernah kuar arrogant statement (menurut perspesi artis lain la, bagi aku betul la statement die tue) pasal bersentuh2 didalam filem. Dia kate tak elok dari segi agama bersentuh2 kalau bukan muhrim, kalau die berlakun, tak perlu adegan sentuh2 nie.....marah2 la rakan artis lain yg lebeih senior dan makan garam dulu tu (tu yg kuar statement bukan2, tak sihat sebab terlebih garam). MUNGKIN depa nak ajar Mawi.
  4. Ujian - aku rasela, inila sebab utama die kena macam2. Hang bayangkan dari muazzin, qari dan kirenye orang suraula, jadi artis......aku rase Allah nak uji die mcm2, nak tgk dia nie sedar lagike atau hanyut ngan nikmat dunia....

Anyway, all the best Mawi, cuba ingat2 balik ye....

Malangnye...

What is happening to our politician? Selepas semua perbelanjaan untuk pendidikan untuk kemajuan rakyat malaysia, nampaknye mereka ni saje yang gagal memanfaatkan perbelanjaan itu, mengeluarkan kata2 bodoh seumpama penjilat punggung....Langsung tiada hormat pada orang tua yang berpengalaman semata - mata mahu menjaga periuk nasi sendiri....langsung tiada hormat pada Tun Dr. Mahathir, hilang langsung pertimbangan pada kenyataan2 yang dikeluarkan oleh TDM, langsung tidak boleh berfikir secara rasional, buta pada keadaan semasa, buta pada kehendak rakyat, terlupa dirinya dipilih rakyat, bukan sendiri2 lantik. Mereka ni juga seperti anjing peliharaan, tangkas membela tuannya daripada orang asing walaupun orang asing itu mungkin saudara jauh tuannya....hmmmm....kalau tergadai negara aku, korang tahulah nasib korang.....walaupun aku dulu tak berapa gemor dengan cara TDM memerintah (banyak jugak lah aku mempersoalkan tindakan TDM), tapi byk juga lah sumbangan TDM pada negara, byk jugaklah TDM bergaduh utk mempertahankan maruah negara...
Orang persoalkan PM skang nie baru 3 tahun...bagi can...kepala bapok depa...manager EPL tu takde tunggu 3 tahun, 5 game kalah, You are fired!!! Takkan strategist depa tak pandai, zaman la nie byk generasi TDM, aku bukak mata PM aku TDM, aku start keje PM ke 4 aku TDM, KLIA, Putrajaya, KLCC naik, PM aku TDM, Melayu ramai kaya pun masa PM aku TDM...so, PM skang nie kenala ambik hati generasi TDM, generasi TDM nie cargas, sentiasa berfikiran kritikal, bekerja lebih untuk anak bangsa, janganla asyik makan bodek orang je....