Wednesday, August 08, 2007

Aman Damai lah Malaysia


Dah lame tul tak tgk DVD pirate nie.....budak cina yang jual DVD tu dah takde, camno aku nak beli. Budak tu akan bagitau aku DVD tu elok lagi ke tak...hehehehe..aku bukan la kate aku nie menyokong piracy tapi tak semua film deseve to be in my collection hanya yang terbaik sahaja seperti LOTR dan Godfather, yang lain tu pirate dah la....original mahal gile siol kat Malaysia nih!!


Aku tak pernah lagi pergi seberang laut kecuali Indonesia, Singapura dan Arab Saudi. Aku tak pernah ke London atau Los Angeles lagi. Tapi aku rase kat sane, kalau aku, dengan jawatan aku skang nie, dah mampu beli TV Bravia skali ngan Home theatre, dah pasti mampu main golf tiap2 minggu. Aku rase hidup kat Malaysia secara amnye dan KL khasnye semakin mahal, tapi aku nafikan keaadaan itu dengan berkata ke sanubari aku, aku yang salah belanja, orang lain pun boley pakai kete besar, orang lain pun boley beli rumah besar, orang lain pun boley pegi melancong. Aku salahkan diri aku, aku kata aku yang tak tahu menguruskan kewangan aku sendiri. sebab itu aku tak bley berbelanja seperti orang lain. Kesian mak bapak aku, kesian mentua aku, kesian isteri dan anak aku, kesian adik - adik aku.


Aku rase politik Malaysia ni semakin open, open for attack especially on malay muslim and muslimat. Camne ek? Aku nak jugak hidup aman damai ngan bangsa lain, aku nak jugak wujud bangsa Malaysia. Takdela aku harap semua bangsa convert to Islam, tapi enuff for them to respect us. Kitorang tak respect diorang ke? Diorag nak repsect camne ek? Tokong Cina dah banyak, gereja besar pun banyak, kuil hindu lagila banyak, tapi tu la, macam mana nak wujud bangsa Malaysia kalau ayik orang Melayu je cakap Bahasa Malaysia dengan betul? Bolehlak diorang pergi Australi and speak with good english? Kenape, sebab bahasa orang melayu ke yang sebabkan diorang tak nak belajar? Ala2 yahudi yang tak nak mengiktiraf kerasulan Muhammad SAW disebabkan Rasul berketurunan Arab..... aku rase ade betul nye gak, ialah orang kita pun melebih2 lagaknya, dah ghope oghang putih gamaknye, we lost our identity because we disrespect our own language and Islam. Senang cite, dalam konteks ini Bahasa dan Agama Jiwa Bangsa.


Ntahle.... yang pasti aku nak hidup aman damai dgn orang lain, senang aku nak main golf nanti. Jangan takut, kalau aku jadi PM di suatu masa nanti, aku akan pastikan 3 bangsa di Malaysia nie hidup aman damai.

No comments: